Tuesday, July 21, 2009

Muzik Pilihan Hati~Dekatkan Ilahi..

Saya secara ikhlas tidak pernah ada genre muzik yang benar-benar menjadi pilihan di hati sebelum ini Kalau mahu diikutkan dengan pelbagai jenis muzik yang ada sekarang, kita sudah boleh membuat pilihan. Masa kecil-kecil dulu, masih saya ingat hanya lagu-lagu Suria Baja Hitam, Ultraman, Maskman dan macam-macam lagu cerita diorang saya hafal dan nyanyikan. Tidak ada penetapan muzik khusus sebenarnya. Saya rasa mungkin kebanyakan kita begitu juga kan. Lain lah kalau kita ini Beetheoven yang dari kecil lagi sudah tahu menghargai muzik.


Lagipun, masa kecil-kecil dulu tiada lah sangat medium massa yang luas semacam sekarang untuk mencari muzik pilihan. Sekarang apa yang tiada? Internet sudah menjadi pilihan utama untuk mendapatkan lirik dan lagu-lagu terkini. Pasti pilihan sudah dibuat dari kecil lagi untuk budak zaman sekarang.


Muzik secara terus akan ke hati masing-masing. Kerana pada saya, muzik ini akan dapat membantu merawat hati dan selesa untuk halwa telinga masing-masing. Bimbang memilih muzik yang akan merosakkan hati, mungkin sebab itu ramai yang menolak muzik nasyid yang dirasakan dapat merawat hati namun ia sebaliknya. Mahu memilih rock, keras sangat. Tapi abang saya Cikgu Hilmi memang hantu rock!!!hehe...



Pilihan Terus Diproses



Muzik boleh terus dipilih. Jiwa saya telah dilatih di sekolah menengah dahulu untuk mendengar muzik-muzik ringkas dan bertepatan dengan maksudnya. Jarang untuk saya mendengar muzik mengarut di sekolah dahulu. Pagi-petang kami didengarkan muzik-muzik begini. Paling best bila masa tingkatan 4, saya dibenarkan untuk menyertai pasukan Nasyeed sekolah kami. Sebab sekolah kami tidak ada pasukan Dikir Barat, pancaragam, kelab Muzik atau apa-apa yang seumpamanya, maka ini je la paling praktikal buat saya masa itu,hehe...


Dua kali johan Negeri dalam minggu yang sama. Berjaya mengalahkan SMKA Naim Untuk Muslimah di peringkat Negeri (menangis diorang,hehe...) dan Hari Terbuka Nasyeed USM Kampus Kesihatan di peringkat negeri juga, membibitkan rasa bahawa mungkin ini lah muzik pilihan hati saya...sesuai dengan jiwa saya.



di HTD USMKK 2001


Sampai sekarang, muzik ini terus didendang untuk maniskan dan juga sedapkan halwa telinga saya. Disamping Qiraah Sab'ah ; lagu indah dalam pembacaan Al-Quran, semuanya menggamit jiwa dan hati saya. Malah saya juga layan lagu-lagu yang kena maksudnya. Bukan baik sangat pun saya ini untuk layan Nasyeed je,huhu..Tapi, dengan muziknya merdu, indah dan selesa..bagaimana anda?



semasa kalahkan sekolah Naim,hehe


Akhlaknya


Pilihlah muzik yang benar-benar sesuai untuk hati nurani. Jangan pilih sesuka hati. Nanti hati jadi tak suka pada diri sendiri. Paling penting, pilih muzik yang setiap hari boleh dekatkan kita Ilahi..

p/s-boleh klik tentang satu kumpulan nasyeed sahabat saya semasa matrik dulu di sini. juga sama-sama dengarkan lagu ini...




Layan ye..

8 comments:

Faridrashidi.Com said...

Salam saudara,

Selain bacaan Al-Quran dan zikir, saya pilih nasyid arab dan nasyid melayu yang mempunyai lirik dan maksud yang baik. Kerana ianya mampu membuatkan hati saya tenang.

Teruskan mendengar.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum mukmin,
betul! sgt bersetuju! Dari lagu juga dpt mendidik hati (^_^)

Kadang2 kita suka dgr lagu yg sdp shj. sebenarnya yg paling utama kt perlu menghayati mesej yg hendak disampaikan..bersesuaian ataupun tidak (^_^)

tp kalau 'rhythem'nya kena & mesej yg disampaikan bermakna lagiii best (^_^)

p/s-mmg blh form nasheed group dgn nabil ni (^_^)....megi ketam~

saffmukmin said...

ust Farid:salam pd ust juga..syukran juga bg komen,huhu..

benar2.lagu2 dan muzik begini mmg menenangkan jiwa.

insyaallah,trskan mendgr!!!

saffmukmin said...

anon1:waalaikummussalam hambaNya.mesej-muzik-ritma=boleh dekatkan kita pd ilahi.tp jgn sampai terlalu asyik,hehe..

p/s-boleh.tp nabil kena jadi main solo la,hehe(^_^)....emm,best nih megi ketam,hehe~

Angah said...

Smart,kurus n hensem bergaya abe due masa muda2....=)

saffmukmin said...

angah:masa dulu2,hehe..mkn pun seciput..skg,makan pun sebekas,hehe..insyaallah,terpaksa kena kurus balik..bertukar!!!!hehe..

azhar mohamed said...

yup,ambo minat gak lagu ni..

saffmukmin said...

jaa:ambo lg la amat minat lagu nih,huhu..