Masa Februari lalu, saya sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah taala untuk ke satu tempat yang begitu mengujakan saya. Tambahan lagi, saya sendiri pun tidak pula tahu ada tempat ini di Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin ada anda yang pernah dengar kan? Kalau saya, sebelum ke tempat ini, tidak pernah langsung tahu ada kewujudannya di sini. Dok tahu pun ada Taman Negara di Pahang dan juga dekat Sabah dan Sarawak sana.
Kami pergi berempat, dengan tujuan untuk hiking. Aduh, dalam kepala saya sudah terbayang kepenatan sebab saya dengan badan sebegini memang betul-betul cepat pancitnya jika mahu dibandingkan dengan tiga yang lain,hehe..
Namun, janji sudah ditepati saya pergi jua..
Jom Hiking!!!Pertama sampai, semua macam blur. Saya lagi la. Nasib baik ada kawan kepada kawan saya yang kerjanya seorang askar. Nampaknya dengan pengalaman yang ada, kami rasa ok sikit. Dengan tidak membuang masa, kami mulakan hiking dengan perjalanan yang begitu relaks pada awalnya. Namun...
..................................................................
penat-penatNamun, nampaknya hiking kami semakin menaik dan mendaki. Dan saya, adusssss.....tercungap-cungap dibuat-buatnya..
Mat Salleh
Dalam perjalanan, kami terserempak mat salleh seramai empat orang yang rata-rata umur mereka 55-an hingga 60-an. Dua dari United States dan dua lagi dari Aussie. Sempat berborak dengan bahasa omputeh ringkas yang boleh depa faham (ditambah dengan gerak gaya bahasa tangan..)
mat salleh di depan
" We want tiger, tiger," seorang mat salleh macam meminta sesuatu.
" Aduh, boleh pulak dia mintak tiger dalam hutan ni. Kan datang lintang pukang mahu lari ni," pinta saya dalam hati.
" Ooo..dont misunderstand. He just joke. He wants beer ( jenama Tiger)," macam faham-faham pula mat salleh perempuan ini.
" Ok sir. We go first. See you all in next at the beach. There, have a lot of turtles and nice beach sand sir," jawab seorang kawan saya dari Pulau Pinang ini.
Kami teruskan bergerak. Dan dengan kepenatan, kami sampai ke pantai yang dimaksudkan iaitu Pantai Kerachut. Di sini, terdapat juga banyak penyu yang mendarat. Tapi kami kurang bernasib baik hari ini. Yang ada apa?? Hanya anak-anak penyu...huhu.
anak penyu menari-nari
kerangka bapak penyu ada,hehe
Yang best juga disini, ada keajaiban dunia juga la..Iaitu tasik meromiktik. Boleh dibaca
disini apakah tasik meromiktik ini. Tapi apa yang saya boleh ringkaskan, ia ada dua lapisan air yang tidak bercampur tetapi berada pada satu tasik yang sama. Air masin dan juga tawar tidak bercampur sama. Pelik kan?? Tak pelik, buat-buat la pelik ye,hehe..
tasik ajaib!!!
Tiga jam sudah berlalu di sini, kami memang tak boleh nak patah balik ke tempat asal dengan hiking lagi. Tenaga sudah habis. Tengok air 100 Plus dah habis saya teguk tadi. Kesian mereka yang lain,hehe.. Apa-apa pun, di sini ada perkhidmatan bot. Bot ini akan terus ke jeti asal. Tapi yang tak tahannya naik bot tapi tiada life jacket. Bahaya ni!!!( biar saya pakai lagi tenggelam ada,huhu..)
sempat lagi ambil gambar atas bot..
Aaaa..sebelum tu, lupa. Ingat lagi mat salleh tadi?? Jangan lupa ye sebab ada akhlak yang mahu diambil dan dikutip dari cerita mat salleh tadi. Apa ye? Sebenarnya masa kami sampai di pantai adalah setelah kami tinggalkan mat salleh berempat jauh sangat di belakang sana dalam hutan tadi. Tetapi, bila kami sampai di pantai, duduk rehat dalam sepuluh minit, tup-tup depa sampai dengan muka selamba. Tiada penat, tiada letih. Relaks je nampak.
" Patutla mat salleh main bola sepak boleh menang Piala Dunia. Tengok depa hiking masa tua-tua ni relaks je. Cool mat salleh kata. Kita?? Kita yang muda ni pun dah kantoi penatnya,hehe..," saya ketawa lagi dengan kawan saya yang dari Kelantan juga, si Khai.
saya dan Khai
Akhlaknya, diri seorang muslim itu perlu juga ada kekuatan fizikal yang mantap. Jangan rohani semata-mata ye!!
Tapi saya tak tahulah kalau dalam hutan sana mereka mat salleh ini terjumpa Tiger dan jadi kuat tiba-tiba,hehe..
Akhirnya..Baik-baik. Kami dah selamat pulang ke tempat asal. Alhamdulillah, semua selamat. Tiada cedera apa-apa pun. Tapi yang kami dapat adalah pengalaman berharga iaitu dapat menikmati alam ciptaanNya yang begitu indah tersusun dan tercipta. Orang bijak pandai kata, belajarlah dari Alam. Saffmukmin pun nak juga kata (hehe..), belajarlah dari alam juga ye!!!
alhamdulillah, selamat..p/s-alam-belajar-kenal-Allah!!!