Saturday, November 26, 2011

Kenapa Sayangkan Dia?

Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.Digelar bapa Pembangunan Malaysia.Ramai yang sayangkannya. Sayangkannya kerana idea sendiri atau kerana bekas Perdana Menteri. Penulis tidak membenci beliau kerana tubuh badannya akan tetapi kerana kelantangan idea yang berani untuk menutup ruang bagi orang meningkatkan peluang meraikan dakwah di Malaysia. Paling ketara apabila berani mengatakan hukum Hudud Allah tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masih tidak relevan dan tidak sesuai dengan masyarakat Majmuk Malaysia.


Pelbagai lagi idea yang berani dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri ini. Ramai bangsa Melayu berjasa dengannya. Saya yakin, saya juga melalui sistem yang diciptakannya dalam sistem pendidikan Malaysia. Namun, kita bersyukur kerana atas dua sebab. 1.Kerana Allah sudi memberikan kita peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini. 2.Terima kasih juga kepada Bekas Perdana Menteri ini kerana memberi peluang kepada mereka yang layak dan sesuai untuk belajar.


Namun, saya sentiasa tidak berdiri sama dengan kedudukannya di atas isu merendahkan isu agama yang sentiasa dipandang tinggi oleh RasulAllah dan sahabat-sahabatnya. Dengan siapakah kita mahu mendapatkan syafaat selain dari Nabi serta mereka yang alim mendoakan kesejahteraan untuk kita? Saya tidak skeptikal dengan agama semborono, namun kita diajar untuk meraikan mereka yang sudi dan berani untuk membawa Agama Allah ini. Mungkin bekas Perdana Menteri ini mengakui pernah bertikam lidah melawan Israel dalam satu wawancara, kredit boleh diberikan namun kenapa lagi mahu direndahkan agama di bumi sendiri???


Saya yakin, kalau Dr Mahathir itu bukan bekas Perdana Menteri, tiada siapa pun yang akan sayang dia sekarang seperti orang Islam lain yang sentiasa mengutuk Islam agama sendiri..Mungkin buku Doctor In The House juga tidak laku.......

p/s-Kenapa Sayangkan Dia??..

4 comments:

BURUNGHANTUPAGI said...

bertahun2 pas perintah kelantan,kenapa hukum hudud x dilaksanakan,adakah kerana TDMM.x izin kan,itulah Bodoh org Melayu macam awak,x boleh buat salahkan orang lain,ada peluang buat,x nak buat,guna islam halalkan cara,PAS bukan Agama,

saffmukmin said...

hudud ni malas nak kecek doh.ramai doh ore perjelas.demo dok kato ore melayu bodo,demo pom bodo.Dr M buke ore Melayu.dio ore mamak.sebab tu dio tak brso gp dok kutuk melayu.awak pom melayu bodo.kawe nak jadi ore islam.

kawe tok guna PAS.kawe guna islam.noted

hakim razikin said...

Maafkan kalau saya tersilap. Bapa Pembangunan ialah Tun Abd Razak. Tun Mahathir ialah Bapa Pemodenan. Wallahu 'alam.

roye said...

Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
Cheap Flights to Entebbe Flights to Entebbe
Entebbe Flights