Wednesday, May 25, 2011

Sihat itu Nikmat~

Nabi juga berpesan, jangan lupa dengan 5 perkara sebelum 5 perkara.Salah satunya, nikmat sihat sebelum sakit.Di antara yang lain; nikmat-nikmat yang harus diberikan penumpuan dan fokus untuk terus hidup sebagai muslim yang sebenar.


Sihat itu kalau mahu dilihat pada tafsiran Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), ia harus merangkumi sihat fizikal,rohani dan juga mental.Tidak dikatakan sihat kalau fizikal sahaja baik,tapi rohani dan mental tidak.Dan juga sebaliknya.Dikatakan sihat, apabila menuruti ketiga-tiganya. Kita juga melihat dalam sudut Islam.Apa yang dikatakan sihat? Sihat yang digariskan adalah apa dan bagaimana RasulAllah ajarkan.Antara tips yang diajarkan;ia juga pasti merangkumi fizikal,rohani dan juga mentaliti.Paling penting, sihat dalam Islam bukan kita sihat merangkumi ketiga-tiga aspek sahaja tetapi ditambah lagi akan dapat sentiasa beribadah kepada Allah,khusus mahupun umum.


RasulAllah sendiri menunjukkan tips melalui perbuatan.Antaranya, makan bila lapar.Berhenti sebelum kenyang.Makan jangan bersulam dengan air.Makan juga harus diikuti kadar kuantiti perut iaitu 1/3 sahaja untuk makanan.Bagaimana dengan riadah?Mungkin tiada riadah yang khusus ketika zaman baginda,namun seperti yang kita ketahui RasulAllah amat menggalakkan umatnya untuk menguasai tiga sukan utama ini, iaitu Berkuda, Memanah dan juga Berenang.Kalau dikaji secara realitinya,kesemua sukan ini memerlukan tenanga yang baik,tubuh badan yang agak 'tough' dan juga kadar semangat yang tinggi. Ditambah lagi RasulAllah juga sentiasa menitik beratkan bersukan lain seperti galaknya RasulAllah berlumba lari anak dengan isterinya;Aisyah.Dan bermacam-macam lagi. Jika kita fikirkan,adakah kesemua sukan ini tidak dinamakan riadah atau dengan kata lain,tidak akan membakar kalori? Mungkin ia sesuai dengan saat ketika itu dan juga sekarang,tapi kita juga boleh mencari dan mendapatkan maklumat sukan serta riadah yang lain yang sesuai dan membantu kita untuk menjaga tubuh badan supaya sihat,insyaAllah.


Pemakanan RasulAllah adalah sepatutnya pemakanan kita. Saya sentiasa memikirkan bagaimanakah perasaan dan keadaan baginda apabila pada satu masa ketika menanyakan Isteri tercintanya,apakah makanan yang boleh dimakan hari ini? Jawab isterinya,tiada.Maka,dengan senang hati baginda RasulAllah kata tidak mengapa.Kita berpuasa sahaja.Malah,baginda RasulAllah pernah sekadar makan roti dan berkongsi pula dengan isteri tercintanya.Adakah RasulAllah tidak layak untuk makan sedap dan dilayan seperti seorang Ketua Negara?Saya juga sedar,saya bukan yang terbaik untuk bagi tips menjaga kesihatan.Tapi saya sentiasa berusaha untuk menjaganya seperti yang dianjurkan RasulAllah.Namun,ada juga kadang-kadang terbabas,hehehe..


Roti dan juga berpuasanya RasulAllah di atas ketiadaan makanan ketika itu memberikan kita signifikan besar pada kita sebagai muslim;supaya tidak terlalu bermanja dengan makanan.Apa yang ada,kita usahakan untuk makan dengan kadar dan nikmat rezeki yang Allah berikan. Kadang-kadang, saya sendiri mahu makan dengan santapan yang enak namun pernah juga memikirkan bagaimana pada mereka yang tidak dapat?Atau bagaimana pula makanan yang enak ini dapat membantu menjaga kesihatan?


Dulu dan Sekarang..


Saya tetap besar macam dulu.Mungkin kerana kerangka badan,hehe.Sejak zaman sekolah lagi memang sudah besar jika mahu dinisbahkan dengan sahabat yang lain.Sekarang pun tetap besar.Tapi saya juga berdoa agar saya sentiasa menjadi jiwa yang besar untuk sentiasa berbakti pada Allah dan juga meniru sehampir mungkin dengan sunnah RasulAllah dan bertindak seperti apa yang RasulAllah fikir dan buat,insyaAllah...

p/s-Jom Sihat!!~

No comments: