Sunday, April 11, 2010

Sekarang Artis Kita...


Sempat menyoroti rancangan Galaksi semalam, rupa-rupanya ia adalah adik beradik daripada rancangan Melodi yang selalu disiarkan di TV3 selama ini. Rancangan Galaksi ditayangkan di TV9, dan pada waktu yang berlainan. Cuma isi kandungannya masih tetap sama.


Isu Artis


Sementelah Wardina menemplak artis Malaysia masih tidak boleh menjadi ikon, ramai artis Malaysia marah. Katanya macam la Wardina itu 'ok' sangat. Sehinggakan SENIMAN mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga-respon kepada isu Wardina.


Malah, Wardina juga hampir 100 peratus nampak dipersalahkan oleh artis kita sendiri atas isu ini. Ikon yang dimaksudkan adalah menjadi ikutan. Dan sekarang, ia sudah jelas membuktikan segalanya. Mana SENIMAN, mana artis-artis yang banyak berkata-kata sebelum ini..degan banyak kes yang berlaku semenjak dua menjak ini, bukan lagi kerana Nila setitik rosak susu sebelanga, tapi dah jadi sebaliknya!!~


Dadah+Keluarga+....


Isu yang terbaru, Benjy dengan dadahnya, yang sebelum ini sudah terkenal Jamal Abdillah nya, Ameng Spring, artis muda dengan mak Datinnya serta bapak Datuknya, artis muda buat kacau jadi orang ketiga sehingga cerai berai dan sekarang mahu kahwin dah, artis pukul Isteri tak nak mengaku....


Dan semalam buat pertama kali saya mendengar komen artis baru kita dalam rancangan Galaksi apabila ditanya oleh wartawannya tentang isu " Artis ini tidak memakai pakaian dalam atas". dengan selamba dia berkata saya tidak sengaja. Dan saya terlupa. Dan saya pun tidak selesa. Tapi tengokkan kepada gambar yang diambil semasa majlis itu saya berpendapat dia selesa dan memang sengaja!!


Aduh, nampaknya bukan dah tak boleh jadi ikon, malah kita terlebih barat dari BARAT, bak kata Ustaz Saifulislam...


Akhlaknya


Benar kata Tok Kenali dulu-dulu, apabila dikhabarkan nanti setiap rumah akan ada jahilyyah masing-masing yang akan menagajak kita secara perlahan-perlahan ke arah yang tidak berapa BAIK kalau tidak mengawalnya. TV dah jadi alatnya, dah artis dan hiburan melalai sekarang sudah jadi agendanya. jadi, apa tindakan kita sekarang?

Tepuk dada, tanya IMAN..

p/s-takut dan bimbang dengan situasi sekarang..

No comments: