Tuesday, November 30, 2010

Mana Yang Patut "Tuan"?






Kalau dalam istilah bekerja di pejabat atau mana-mana organisasi, panggilan Tuan sememangnya beliau adalah seorang yang dihormati dan juga disanjungi di tempatnya bekerja; sama ada secara rela mahupun paksa. Tapi lain maknanya kalau orang itu sudah bernama Tuan pada permulaan namanya ye,hehe..


Siapa Yang Layak Tuan?


Kalau dijadikan isu, siapa yang layak menjadi Tuan? adakah kerana jawatan atau kerana senioriti? Atau kerana sememangnya dia layak untuk dijadikan dan dipanggil Tuan?


Pada hemat saya, kenapa saya memanggil seseorang itu Tuan adalah kerana kredibiliti, kemampuan, keupayaan panggilan itu untuk dirinya. Dengan kata lain, sememangnya Tuan itu dipanggil kerana dia memang patut dan layak. Dan dalam ramai-ramai Tuan, pasti ada tuan yang pertama, kedua dan seterusnya kita hormati dan sanjungi.


Begitulah amalan di mana-mana tempat kita bekerja. Tapi amat berbeza kalau mereka yang memanggil Tuan itu seorang kaki kipas, siapapun mereka panggil Tuan!!!,hehee..


Ketuanan ISLAM dan Melayu


Begitu jua saya memandang isu yang dipalu sekali lagi. Saya melihat ia nanti akan diludahkan pada diri mereka sendiri yang memalu gendang ini. Kita selaku rakyat Malaysia mungkin bertuah kerana UMNO memenangi Pilihan Rakyat Malaysia yang pertama selepas Merdeka dan sehingga kini menang lagi. Ya, kita tetap akan TUAN kan Melayu, akan tetapi bagaimana lupakah kita bagaimana Melaka satu masa dahulu menjadi bualan dan siulan antarabangsa kerana bangsa atau pun agama yang di TUANkan?


Setakat yang saya belajar dengan sejarah masa di sekolah dulu-dulu, sememangnya Melaka terkenal dengan Sultannya yang teras dan bertuankan AGAMA yang pertama sehinggalah Melayu itu mungkin kemudian. Sehinggalah AGAMA tidak dituankan, barulah empayar Melaka jatuh dek kerana kecuaian dan kelayuan kita.


Sudah hampir 53 tahun kita Merdeka, dan kita tanya pada diri kita sendiri..sejauh mana benarkan kita berTUAN dengan Melayu? Memang benar kita ramai dengan Melayu, tapi kita sedih dengan AGAMA..


Bak kata seorang ahli YB di Parlimen hari ini," kita sudah 50 tahun lebih bertuan Melayu, namun kita terus lemah dan buat-buat nampak KUAT. Sepatutnya dengan bertuankan Islam yang utama, barulah Melayu itu jadi lebih bermaruah,"...


Sekali lagi saya kembalikan kepada diri kita, tepuk dada tanya iman dan ilmu kita. Apa yang kita pentingkan, AGAMA atau ketuanan Melayu yang utama?..


Akhlaknya


Saya Melayu. Mungkin ramai yang membaca posting saya ini pun ramai Melayu. Saya bangga juga jadi Melayu. Tapi kita beragama Islam. Saya lebih bangga menjadi Muslim; dan Muslim itu Melayu yang baru dan jitu.


p/s-berTUANkan ISLAM, berENCIKkan Melayu

2 comments:

Anonymous said...

Setujuuuuuu~!!

Seperti dlm karangan As-Syahid Syed Qutb, 'Bbrp Study Ttg Islam' mengatakan, kt sbgai umat Islam harus menghapuskan 'berhala' dalam diri.

Tanpa kt sedari 'berhala2' dlm diri wujud apabila kt menilai & mmbezakan seseorg berdasarkan keturunan, warna kulit, bangsa, kaum dll, sedangkan yang betul2 dinilai disisi Allah adalah iman & taqwa. Di sinilah diletakkan betapa tingginya nilai agama..

saffmukmin said...

hehehe..lama dah xde orang memberi komen,hehee...syukran2.tapi macam pernah kenal ayat ini,tapi di mana ye?hehheeeee