Monday, December 14, 2009

Apa Bukti Cinta Anda??



" Sayang, abang nak tanya la, apa bukti cinta pada abang," tanya si pemuda ini kepada kekasihnya.


" Bukti cinta? Apa yang abang mahu? Apa yang abang mahu pada diri ini, sudi saya serahkan, menunjukkan bukti cinta pada abang," dengan jelas dan terang jawapannya membuktikan CINTA kekasihnya ini.


Dan, pem'bukti'an kepada bukti CINTA mereka berlangsung tanpa segan silu....

............................................

Maaf. Saya mohon maaf kalau dialog di atas ada merangsang apa-apa. Cuma itu yang pernah saya baca dalam satu majalah terkemuka Malaysia, yang pernah melariskan jualannya dengan berita dan cerita sebegini. Saya rasa kalian dapat menangkap maksud saya ini.


Saya sebenarnya tidak dan jarang ambil kisah tentang hal ini. Pada saya, surrounding saya semuanya sekitar 'baik-baik'. Saya berpendapat saya, sekeliling dan semuanya sudah baik malah saya sendiri merasakan tak perlu fikir panjang. Dari sekolah rendah dan menengah terus langsung ke Matrikulasi dan Universiti..alhamdulillah, saya dikelilingi kawan-kawan yang agak baik. Dan saya pun berlagak macam baik juga barangkali..


Tapi saya silap. Sebenarnya sekeliling kita tidak begitu sebenarnya. Waima yang 'baik-baik' ini kita rasakan sudah cukup, sebenarnya lagi banyak yang harus kita bersama lakukan dalam hal ini kerana gejala sosial yang berlaku sekarang, sudah tidak mengira tempat dan posisi anda bekerja. Yang professional, yang separa professional, semuanya sudah berani melakukan masalah dan jenayah sosial ini.


Apa Bukti Cinta Anda??


Saya pernah membaca dalam akhbar Metro dan ada menulis tentangnya baru-baru ini; berkisar mengenai salah satu masalah dan kesan sosial yang amat teruk sekarang di sekeliling kita. Salah satunya mungkin akan ada dialog seperti di atas. Berlaku seks bebas (barangkali) kerana mahu membuktikan CINTA mereka..yang konon-kononnya nampak perlu dibuktikan segera!!~


Alih-alih, ramai yang MERANA..ramai yang MENDERITA, ramai yang menerima kesannya.Saya masih ingat kata-kata kawan saya tentang hal ini:

"apa kesalahan jenayah sosial yang berlaku sekarang adalah dari kesan yang dibuat 20, 30 tahun dulu-dulu..macam mana ye kesalahan jenayah sosial 20,30 tahun akan datang dengan masalah sosial yang berlaku sekarang yang dengan senang mengGADAI maruah diri tanpa segan silu dan MALU...semoga Allah s.w.t mengAMPUNI dosa-dosa saya dan sesiapa pun.."


Kalau benar mahu buktikan CINTA anda, kahwinlah!!! Nanti selesai masalah..bukan main-main jual maruah macam ini. Senang-senang kita dapat MALU di Dunia lagi kalau kita berkelakuan sebegini..bimbang, MALU di depan Allah s.w.t tak tahu dah nak cakap apa..nauzubillah..


Sekarang, ANDA juga boleh jawab Apa Bukti Cinta Anda?? kalau benar-benar kita faham kan..Lebih-lebih lagi Apa Bukti Cinta Anda PadaNya?? tepuk dada, tanya iman...wallah 'alam.



p/s-Buktikan!!~

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum warahmatullah Mukmin,

Bimbang jg bila memikirkan ape yg kwn mukmin katakan tu..ada kebenarannya juga..huhu..jika keadaan skrg dibiarkan..buruk pdhnya utk generasi akan datang..

kadang-kadang terfikir di mana silapnya??

pucuk pangkal diri sndiri juga..kalau kt yg mulakan utk mncari kebaikan..Alhamdulillah, itu yg kt dapat..tp jika kita kejar yang buruk..terjadi sebaliknya..jika difikirkan tidak ada asbabnya utk mengatakan siapa punca kejahatan jika ada jalan kebaikan kt menolaknya..

Bersyukurlah buat hidayah Allah untuk diri kita..jika tidak, kejarlah untuk mencari hidayahNya..

Semoga menjadi peringatan buat diri ini terutamanya..

"Ya Allah, permudahkanlah hidayahMu buat diri kami, ahli keluarga & org disekeliling kami..serta jadikanlah diri kami serta zuriat keturunan kami mereka yang mendirikan solat..Ameen"

p/s-Tiada siapa yang dapat mengubah jika kita tidak mengubahnya ye (^_^)V

saffmukmin said...

mukmin jg setuju..semoga Allah berikan kita petunjuk setiap masa..jgn ditinggalkan walaupun seseaat atau amsa yg lebih kurang dr nya..ameenn