Wednesday, December 02, 2009

Amanah, Bukan Barang Main-Main!!!

Peserta Induksi UMT 17-23/11/2009
"Belajar lah untuk setia dan jangan leraikan amanah yang diberi," kata trainer saya kali ini, En Engku Ezri.


Alhamdulillah, ketika ini saya sudah selesai mengikuti Kursus Induksi modul khusus yang diadakan di PAKA Residence Resort yang masih lagi dinaiki air hujan yang tak henti-henti dari hari pertama. Apa-apa pun, alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar.



Saya amat seronok dengan seorang trainer kali ini, En. Engku Ezri yang banyak membantu dari segi permainan dan modul-modul yang berkaitan dan berkualiti. Saya mahu berkongsi tentang pengalaman bermain satu modul yang amat saya terkesan sehingga sekarang. Permainannya ala-ala main perniagaan la. Tapi hasil akhir pengajarannya amat boleh dijadikan iktibar untuk semua.

Main X dan Y



Game ini nilainya adalah pada nilai X dan Y yang hanya ditentukan setelah beberapa kumpulan mengesahkannya. Kami ada 5 kumpulan. Dan setiap kumpulan harus menentukan nilai mana yang kami mahukan tanpa mengetahui nilai yang dipilih oleh kumpulan 4 yang lain. Semuanya ada 12 bulan dan dengan modal RM 200,000 kami dibenarkan memulakan permainan saham ini dan diharuskan untuk mencari untung dari duit yang diberi di 'atas' kertas ini. Di samping itu, setiap 5 bulan ketua kumpulan ataupun mana-mana wakil akan bersidang dan ia seolah-olah mesyuarat khas la... Ini penting ye bagi menyelaraskan apa yang patut bagi menjamin keuntungan bersama..dan al kisahnya pun bermula..


X Y Siapa X Siapa Y
5 0 +5000 -1000
4 1 -4000 +1000
3 2 -3000 +2000
2 3 -2000 +3000
1 4 -1000 +4000
0 5 +1000 -5000



Kami bermula untuk bulan Januari 2010 dengan tak tahu macam mana cara permainannya. Kami beranggapan mungkin permainan ini hanya untuk suka-suka sahaja. Jadi kami setuju memilih X. Bila diserahkan kepada urusetia, kami masih lagi tak tahu apa signifikan permainan ini. Jadi, apabila dibaca oleh En. Engku tentang bilangan X atau Y ini, barulah kami faham. Untuk bulan pertama, sebanyak 3 X dan 2 Y di pilih. Jadi berdasarkan carta yang diberi, kami telah rugi sebanyak RM 3000. Masa itulah baru kami bersama menyebut,



" OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO....macam tu mainnya," serentak menyebut agaknya,hehee..



Alhamdulillah, kami sudah agak faham. Sebenarnya kami perlu bersatu dan percaya satu sama lain untuk untung bersama. Tak gitu yang saudara faham????



Sepatutnya begitulah yang patut semua faham. Tapi, ini lah modul permainan yang kadang-kadang apabila difikirkan sebenarnya adalah realiti. Dari bulan pertama sehingga bulan ke-4 kami hanya meneka mahu pilih X atau Y tanpa ada meeting apa-apa pun lagi bersama 5 kumpulan. Jadi kami ada yang rugi dan adaa yang untung. Tapi masuk bulan ke-5, kami dibenarkan untuk meeting bersama. Tapi kali ini hanya ketua pasukan sahaja berbincang. Jadi semua bersepakat untuk memilih X selama 5 bulan seterusnya. Dan untuk menghangatkan lagi, urusetia bank (Engku Ezri) menggandakan siapa-siapa yang untung didarab dengan 10 dan rugi pun begitu. Jadi suasana sudah mula sedikit panas. Apabila bulan ke-5 masuk, kami sekumpulan sepakat memilih X dan dengan harapan semua pun begitu. Untung sama-sama untung, rugi sama-sama rugi. Tapi, apabila dibaca akhirnya oleh urusetia..alamak!!!!!!!!!!~lain jadinya, keputusannya menjadi 3Y 2 X....kenapa begini???Mana janji pada meeting yang lepas??? Jadi kami ahli kumpulan rugi lagi...



Tapi kami terus dengan janji kami untuk kekal dengan nilai X selama 4 bulan lagi. Tapi rupa-rupanya kami dibetray lagi untuk selama 4 bulan berturut-turut. Kami sahaja yang X, tapi yang 4 lagi semua Y. 4Y 1 X......rugi lagi kami dengan nilai yang sangat banyak..Masa tu berfikir juga, macam mana kalau kami buat Y satu, merana semua..sebab 5Y semua orang akan rugi. Dan sehinggalah ke akhir, beberapa meeting dibuat, kami je yang terus dikhianati (walaupun dalam permainan sebegini,hehe). Sehinggakan saya terkejut dengan meeting terakhir yang dihadiri saya, yang mana ada yang hampir sanggup bersumpah dengan nama Allah kena pilih X semua, tapi bila masuk tetap juga 4 Y 1 X..apa kes ni??? Harap tak makan sumpah nanti,huhu...


Rugi


Kami defisit RM 6.6 juta..satu kekalahan yang amat teruk sekali. Mugkin kalau benar-benar berniaga, kamilah yang memang akan mati dulu kot,sebab terkejut rugi banyak,hehee..Dan kami diisytiharkan kalah, dan hati saya ketika itu amat membara juga la..sebab pedih juga rasa diKHIANATI dan DITIKAM BELAKANG walaupun ia cuma satu permainan ketika modul induksi khusus,hehe..



Dan saya yakin, mereka yang benar-benar diTIKAM BELAKANG dan juga diKHIANATI dalam situasi sebenar akan lebih sakit dan terasa yang amat. Cuma membezakan adalah cara kita menangani. Kalau tak sabar, boleh dibawa ke tahap yang lebih teruk. Kalau bagus, mungkin sehari dua boleh lupa.



Saya cuma berdoa, kalau benar jadi perkara ini kepada saya agar saya sentiasa diberikan keKUATAN..sama juga dengan kalian sahabat-sahabatku. Waima dalam kerja, kehidupan, kawan-kawan, keluarga dan kepada pasangan-pasangan yang konon-konon hot dan panas itu,huhu..


Akhlaknya



Dari Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis kebaikan sebagai mana api makan kayu." Malah juga disebut dalam satu hadis juga yang bermaksud,



“Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak pandai memeliharanya” (HR Imam Ahmad bin Hambal).



Tambahan lagi, ianya dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallalhu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).



Kesemua ini menjelaskan betapa besar untuk berAMANAH dalam segala hal. Jangan pula kerana sesuatu benda yang tidak jelas matlamat, kita pecahkan amanah yang diberi. Tidak kisah dalam lapangan mana sekalipun. Kerana ianya sangat besar signifikan kepada kita selaku Muslim. Amanah itu termasuk tanda iman, dan khianat pula termasuk tanda munafiq. Sama-sama kita muhasabah diri kita ye!!~


p/s-rasa macam nak main lagi game ini,hehee...

No comments: