Thursday, December 31, 2009

Sesi Koreksi Diri..Warna-Warni 2009~



Alhamdulillah, kita semua masih lagi sehingga ke saat ini, tempat ini, ketika ini, Allah subhanahu wata'ala tetap memberikan kita sebanyak mungkin nikmat yang ada padaNya untuk kita sama-sama nikmati dan syukuri. Lebih-lebih lagi ketika ini, IMAN dan ISLAM masih lagi kukuh di dalam diri kita ini, insyaAllah yang harus dan selalu kita mengucapkan kesyukuran padaNya.


Beberapa jam lagi, (kiraan waktu Malaysia) kita akan bersama menerima kedatangan satu tempoh masa yang sememangnya tidak boleh kita elakkan. Kerana ini adalah fitrah alam. Hidup terus bergerak. Masa terus berlalu. Dan yang hidup terus hidup selagi Allah tidak menjemput mereka.


2009


Masing-masing tentu ada cerita sendiri. Bak dalam lagu ' Cerita Kedai Kopi'. Sama ada manis, anda lah yang merasanya. Sama ada pahit, tetap anda juga. Apa-apa rasa pun, anda jua lah yang tahu bagaimana rasa dan juga tahu macam mana mahu mengatasinya.


Pada saya, tahun ini 2009 begitu mengajar saya erti kehidupan yang sememangnya tidak indah-indah belaka. Dengan umur yang diberikanNya berangka 24, saya merasakan saya sudah melalui tahap awal dalam proses hidup saya. Iaitu tahap yang dipanggil tahap MENGHADAPI CABARAN HIDUP. Kadang-kadang, bunyi macam poyo sebab pada saya Al-Fateh ketika umur 19 sudah menggantikan ayahnya sebagai Sultan dan pada berUMUR 21 tahun, beliau sudah berjaya menawan Kota Konstantinopel (Instanbul, Turki)...tapi saya umur 24, baru je nak kenal erti CABARAN HIDUP. Lewat sungguh!!~


Apa-apa pun, cabaran yang saya panggil " CABARAN HIDUP " ini benar-benar membantu dalam mematangkan saya. Terutama apabila saya di'buang' kerja di satu tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan bekerja. Ketika itu, hanya DIA menjadi saat mengadu. Seolah-olah tiada harga diri, diguna bila mahu dan dicampak bila merasakan tidak ada faedah,fuuuhh..sungguh mencabar minda dan mentaliti. Mak dan abah, juara di dalam membantu saya untuk meningkatkan motivasi ketika ini.


Yang pasti, saya tertarik dengan idea satu kolumnis di dalam surat khabar KOSMO tempoh hari. Dia menekankan konsep KENA HENTAM dulu sebelum BERJAYA. Di katakan, pasukan bola sepak Malaysia kena aniaya oleh pasukan Vietnam ketika di dalam peringkat kumpulan. Pertamanya kena aniaya oleh pengadil ketika itu yang berbangsa Korea (maaf saya lupa dan tak ingat namanya) sehinggakan Aidil (penyerang) dan juga Farizal Marlias ( penjaga gol) digantung beberapa perlawanan. Dan ketika itu, pasukan Malaysia seolah-olah terdesak. Tiada penjaga gol utama dan tiada penyerang utama. Tapi, begitulah ada rahmat di sebalikNya. Muncul beberapa nama yang tidak pernah disedari kehebatannya dan menonjol. Nor Shahrul Idlan Talaha, Syarbinee Ali dan mereka yang lain..dan akhirnya Malaysia menamatkan 20 tahun untuk emas bagi Sukan Sea (fuuhhh, panjang sungguh nak terangkan)




Begitulah saya juga merasakan. Lebih kurang sama. Ketika saya KENA HENTAM dulu dengan orang yang rasa dia hebat, saya merasakan "Wah, teruknya saya..".itu dan begini. Begitu dan begini. Macam-macam lagi lah. Tapi alhamdulillah, ketika itu DIA tetap ada kan? Dan peluang dan rezeki yang datang selepas itu, yang tidak pernah kita terfikir pun datang. Dan Allah itu tetap maha ADIL. Nak kata saya berjaya sekarang, rasanya tak lagi kot. Tapi, insyaAllah selepas apa yang mereka HENTAM saya dulu dan sehingga sekarang saya dah set kan niat saya, apa-apa pun saya mahu capai sesuatu sehingga BERJAYA!!! Malah, nak lebih lagi orang yang bajet hebat masa HENTAM saya dulu ( boleh ke niat macam ni??,huhuhu)


Itu baru satu ceritanya dalam 2009 pada saya. Dan pasti anda pun banyak ceritanya kan. Dan sebab ini bukan diari, jadi cukup sekadar itu untuk berkongsi. Dan sekarang masa untuk koreksi diri 2009.


Koreksi Diri


Ketibaan 2010 harus kita nantikan. Muharram 1431 sudah kita raikan sebenarnya. Semuanya adalah masa. Yang menunjukkan kita terus tua. Kita terus kurangnya masa untuk berAMAL padaNya kalau banyak main-main lagi. Koreksi lah diri kita. Sejauh mana tahun sebelum ini, memberikan kita pengajaran dan tauladan serta panduan untuk kita gunakan dalam tahun 2010 dan seterusnya. Dan pasti, kalau ada yang buruk itu, jadikan sempadan kerana orang mukmin tak sepatutnya masuk lubang yang sama dua kali, jadi fikir-fikirkan lah!!~


Ada apa-apa masalah, kembalilah pada agama. Ketika tiada masalah pun, lagi lah kena kembali pada agama. Jangan hanya menurut hawa nafsu. Allah menegaskan bermaksud;


Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat tentang urusan itu(agama). Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui..
Al-Jathiyah:18


Akhirnya


Warna warni 2009 terus mewarnai kita. 2010 akan pula menyambung warnanya. Pasti segala hal yang akan berlaku nanti dalam keadaan kita sedar atau pun tidak. Jangan tinggal untuk berdoa ye agar sentiasa ditetapkan hati dengan agama walau apa pun yang berlaku nanti deh!!~

p/s-10/10/2010!!~

No comments: