Saturday, May 30, 2009

Aku Terima Nikah Nya

Kali ini versi Al-Aarifin. Seorang teman dan juga sahabat dunia dan selamanya, insyaallah. Seorang sahabat yang hampir sama susur alur jalan pengajian akhirnya menerima aqad nikah sebentar tadi. Al ini seorang yang lebih dan begitu berani dalam menghadapi apa jua rintangan tapi tadi kena juga ulang dua kali masa aqad nikah tadi (maaf Al,hehe). Kalau aku sempat nanti aqad nikahnya, jangan lah banyak-banyak sangat ye,hehe..




aku terima nikahnya


Pada aku, Allah s.w.t sememangnya akan sentiasa ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Cuma kadang-kadang kita terlupa melihatnya barangkali. Akh Al begitu juga Allah mengujinya. Namun aku lihat dia begitu hebat sekali menghadapinya. Insyaallah Al, pasti nanti di hujungnya kebahagiaan selamanya..




sahabat selamanya


Bila la kami?



Masa kami duduk dari sudut belakang Al ketika sedang menerima aqad nikah dari tok kadi, sempat berbual ngan Abu, bila la kita ye. Macam tak sabar pula,hehe??


" Sabar bro, insyaallah ada masa sampai, kalau tak kita tunggu di sana nanti," pesan Abu.




aku dengan abu


Senyum je la aku dengan jawapan itu.


Apa-apa pun, tahniah untuk ke sekian kalinya dari aku untuk pasangan bahagia ini. Barakallah laka wabaraka alaik wajama' bainakuma fi khair. Akh Al-Aarifin dan juga Ukhti Aini seorang junior kami, semoga kalian sentiasa dapat bersama pada jalanNya nanti.



pasangan bahagia: Al-Aarifin dan Aini


p/s-aku doakan generasi baru sehebat Umar Al-Aziz dan juga Salahuddin Al-Ayubi muncul nanti dari generasi sehebat kamu,insyaallah!!!!

Friday, May 29, 2009

Kukuhkan Saff Kerana Perjuangan Masih Jauh

" Ulama menjadi teras kepimpinan PAS. Profesional sebagai tiang seri manakala aktivis parti pula sebagai paksi perjuangan. Salah satu patah, PAS akan tumbang. Bermakna janganlah kita terheret kepada permainan musuh untuk memisahkan kita."


Demikian petikan kata-kata peransang Ketua Pemuda PAS yang mengakhiri khidmat secara rasminya pada Muktamar Jun depan, Salahuddin Ayub berhubung kekuatan PAS selama ini mendepani cabaran dan asakan musuh daripada luar.



YB Salahuddin


Katanya Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan dalam ucapan akhir dalam seminar, Jubli Perak Ulama di Taman Mewar tempoh hari bahawa tidak ada satu bentuk dikotomi antara ulama dan bukan ulama.

"Saya percaya dan yakin, kepimpinan ulama mesti terus dan diperlukan dalam parti. Dikotomi itu tidak perlu wujud.

"Insya-allah PAS akan kukuh, dan tidak ada sesiapa dalam PAS yang akan melakukan kerja-kerja jahil untuk meminggirkan kepimpinan ulama ini," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Harakah di pejabat media itu petang semalam.


....


Dalam pada itu, beliau juga berharap anasir tidak sihat yang dimainkan oleh musuh tidak menular ke dalam sayap kanan parti itu dan mahu Pemuda PAS terus tampil sebagai wadah yang mempunyai agenda, gagasan dan idealisme yang segar untuk terus berada di hati rakyat pelbagai lapisan di samping membela isu-isu rakyat dan masalah sejagat.

"Jangan rosakkan Pemuda PAS dengan panggilan dan label-label yang dilemparkan oleh musuh kita tetapi tampil dengan pemikiran yang segar, kuat dan kontemporari," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.


YAB Tuan Guru Nik Aziz


p/s-sumber Harakah..sama-sama kita ambil iktibar. berjuanglah pada saff yang diredhaiNya!!

Wednesday, May 27, 2009

Al-Kisah....

Mungkin sudah ada yang melihat kartun ini. Tapi mukmin baru pertama kali. Takde apa nak yang dikatakan, cuma boleh gelak je la, hehe..


Influenza..lucu betul,hehe..



(boleh double click untuk besarkan saiz)

p/s-otak kartunis memang perlu kreatif sambil pengajarannya sampai!!

Aku Juga Boleh Marah~Tribute To PTPL


Tanggal 10 Jun 2008 akan aku ingat dan kenang sampai bila-bila dalam kitab diari hidupku. Ini kerana pada tarikh ini aku diterima bekerja untuk ke sekian kalinya. Cuma kali ini aku bekerja setelah selesai tamat belajar untuk mendapatkan segulung ijazah selama empat tahun. Alhamdulillah, ada juga majikan yang bersedia mengambil aku bekerja. Sebagai graduan muslim, aku sentiasa bersyukur atas nikmat ini. Paling kurang, aku masih lagi mendapatkan rezekiNya dan mencari rezeki halal. Jawatan sebagai tutor dan dengan gaji berpatutan, aku menerima kerja ini.


Lima bulan pertama memang aku begitu teruja bekerja di sini. Suasana kondusif yang begitu mengasyikkan dan menceriakan. Rakan sekerja begitu membantu. Pelajarnya lebih lagi turut sama memberikan kerjasama positif. Akhir semester pertama, semuanya berjalan dengan baik.




rakan sekerja


Fitnah atau apa?


Memasuki semester kedua, kali ini aku diberikan ujian paling besar dalam kerjayaku. Aku yakin jika mahu dibandingkan dengan orang lain tentu mereka lagi hebat cabarannya. Aku sentiasa ingat pesan abang keduaku, abang Fais tentang cabaran kerja. Bila bekerja memang tidak akan lari dari orang yang busuk hati dan istilah paling sesuai adalah orang yang sememangnya sentiasa tidak senang hati dengan apa yang kita lakukan sedangkan apa yang kita buat tidak lah mengganggu sedikit pun periuk nasi mereka. Jadi apa-apa yang berlaku sabar dan terimanya sebagai cabaran.


Beres. Aku terima apa yang berlaku dan yang mereka mahu buat pada aku. Aku tidak tahu secara jelas apa yang sudah aku buat sampaikan mereka bertindak sedemikian. Tetapi, melihat kepada tindakan dan aksinya setelah beberapa pekerja yang lain dihentam, aku rasa nanti akan tiba juga turn aku.


Tapi, aku merasakan pesanan senior dan kawan-kawan membantu aku terus berusaha berikan yang terbaik. Segalanya bermula setelah memasuki bulan Februari...



Dialog hebat!!!


Awak tak pakai neck tie masa mengajar, ini kesalahan!


Awak datang lambat sekali dalam sebulan, ini kesalahan!!


Awak tiada masa VIP datang, ini kesalahan!!!


Awak ada attitude buruk, ini kesalahan!!!!



Barangkali begitu lah kata-kata yang biasa kalau seseorang yang dah tidak disukai oleh majikannya. Tanpa sebab kukuh, alasan kecil dicari. Dan ia dibesarkan dengan skala gandaan yang besar. Mungkin sepuluh kuasa infiniti barangkali. Mungkin benar dia ada salah tapi kalau sampai tahap mahu buang kerja dan dengan kesalahan kali pertama, aku rasakan ia begitu bodoh sekali tindakannya. Sekalipun khabar angin, tolong lah siasat terlebih dahulu. Jangan jadi fasik semata-mata.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat:6)



Aku rasakan barangkali mereka tidak mahu berbuat begitu tetapi atas sebab-sebab yang aku pun tak tahu, mereka sanggup berbuat begitu.



Kenapa aku boleh juga marah?


Aku adalah orang yang terlibat sama dalam hal ini. Fine aku beritahu kalau aku ada salah. Mungkin aku tidak berpengalaman berbanding mereka yang kuat mengampu. Segala yang kecil diperbesarkan dan yang besar diperkecilkan. Dunia-dunia..


Petang yang indah, aku terkejut. Terkejut kerana aku baru tahu kebisingan tentang aku ada lagi di kolej biar pun hampir sebulan aku dah keluar kolej. Aku dituduh pula menghasut pelajar-pelajar aku untuk mengangyang dan menghina kolej!!! Yang paling bangang dituduh dengan membantu di alam maya?? Aduh..betapa busuk hati orang yang berkata sedemikian. Aku kalau mahu buat sebegitu, tiada guna lah aku jadi seorang graduan Muslim!!!


Namun, aku harap aku sentiasa boleh bersabar. Tapi macam tak dapat pula. Aku dah sebulan tinggalkan, aku dah hampir lupa kisah-kisah sebegitu. Tapi memandangkan mereka begitu, kalau nama aku buruk pun, tidak kisah lah. Yang penting, kalau mereka yang kenal dengan aku harap mereka tidak berfikiran sebegitu.


Optimis dan juga pesimis kadang-kadang. Aku berpendapat ada juga salah ku sebelum ini. Mungkin tidak dibawa bincang awal-awal.



Kalau banyak bertanam puding,

Di mana busut di sana seminai,

Kalau bijak dalam berunding,

Di mana kusut di sana selesai.



Bidalannya begitu. Aku tribute kan post ini untuk bekas kolej aku. Kalau ada apa-apa, siasat dan bawa berbincang dengan mereka yang sepatutnya. Jangan main semborono!!!


Akhirnya


Kawan-kawan sekerja yang cukup membantu, pelajar yang sememangnya best, aku memang sentiasa bagi two thumbs up pada mereka. Mereka lah aku rasa yang sememangnya ikhlas membantu pelajar dan sistem pembelajaran di sini. Cuma mereka yang segelintir yang nama sahaja dengan gelaran dan cara islamik namun hampeh sebenarnya!!! Malu-malu..




bersama mentee's tersayang


Kesempatan ini, aku juga mohon maaf kalau tidak sepatutnya menulis begini. Bak kata Abu Saif, tekan lah butang pause pada diri sendiri jika marah. Tapi aku rasa memang aku sudah tak boleh tekan butang pause untuk menahan marah kali ini sebab aku juga boleh marah!!!


p/s-all the best PTPL!!

10,000!!!!

Agak terkejut juga baca artikel ini. 10,000 orang polis Itali akan ditempatkan untuk mengawal suasana perlawanan akhir UEFA Champions League antara Manchester United dan Barcelona. Seramai 50,000 penyokong akan ke stadium di Rome nanti. Masa final FA di Malaysia tempoh hari pun sama. Polis Malaysia juga hampir sebanyak itu. Tapi jumlahnya penyokong yang datang hampir 80,000 orang. Mungkin penyokong bola Malaysia kurang ganasnya,hehe..



bukit jalil

Yang paling ditakuti sebenarnya adalah penyokong dari England. Mereka memang benar-benar penyokong yang boleh sampai tahap giler-giler lah kalau pasukannya kalah. Sebab itu bila pasukan Red Warriors kalah tempoh hari, ada juga segelintir penyokong yang membabi buta buat rusuhan, hinggakan semua harapan untuk melihat pasukan ini melonjak ke hadapan, musnah sama sekali. Kalau nak dibandingkan Red Devils dan Red Warriors memang jauh sekali tahap permainan dan terkenalnya namun bila penyokong mana-mana pasukan yang membuat tahap merusuh sampai giler-giler, ramai penyokong yang lain akan kecewa sama sekali.



bukit jalil.2

Apa-apa pun, all the best kepada penyokong muslim untuk kedua-dua pasukan. Jam 2.45 pagi waktu Malaysia nanti, mereka akan berentap. Pada yang mahu berjaga, jangan pula lupa Subuhnya!!!



dua juara liga berentap!!!


p/s-dan saya kipas-susah-mati MU!!!

Monday, May 25, 2009

Uridu Aktubu Ila Akhirun Hayah!!!

Hari ini, mukmin menulis lagi. Malu juga mahu terus menulis sebab bukan ada apa sangat dengan ilmu dan juga pengalaman diri. Malu dengan apa yang ditulis semasa mula-mulanya. Tapi dengan kata-kata senior ku yang terus dikagumi, Abang Amin Idris, mukmin jadikannya dorongan.


abang Amin Idris (sebelah kanan pembaca..)


Kiranya, masa dia cakap itu mukmin belum lagi pasang niat malah mahu untuk menulis macam begini. Kata-kata itu diberikan kepada umum bagi mereka yang mahu menulis. Masa itu, aku, Arafat, Amre dan ada beberapa orang lain yang bersamanya. Pesan ini ditulis dengan gaya sendiri (maksudnya tak lari ye,hehe..)


"...kita sekali dah buat blog atau apa-apa yang sama dengannya, kita kena teruskan menulis. Jangan kita mengambil perkara ini dengan mudah. Kita menulis dan tengok tiada orang mahu baca. Komen pun jarang-jarang. Kadang-kadang tiada. Kadang-kadang orang yang sama. Lepas itu kita pun mahu stop menulis. Jangan begini. Insyaallah, mesti ada antara ramai yang dah jadi silent reader. Mungkin ada mereka yang selalu buka dan membaca apa yang kita tulis. Update lah semampu mungkin. Jangan sampai ada yang dah mula mahu jadi pembaca setia tapi kita pula dah tak mahu update kan blog kita. Teruskan menulis..."


Masa abang Amin bercakap, gaya tangannya memang tidak lekang. Diangkat jarinya dan bersama intonasi suara, mukmin jadi begitu tertarik dan pesanannya itu disimpan sampai sekarang.


Ketika rasa mahu sahaja berhenti menulis, mukmin tekadkan begitu. Biar lah tiada orang mahu baca pun. Yang penting mukmin harus terus menulis keranaNya. Dan juga, mukmin sudah set kan juga niat masa mahu menulis blog ini masa mula-mula dahulu agar dengan menulis ini otak dan akal mukmin tidak menjadi berhenti berfikir dan menulis sesuatu. Mukmin harus terus berfikir dan menulis biarpun kadang-kadang rasa tak patut ditulis barangkali..(tapi tengok keadaan juga la,hehe)


Uridu Aktubu Ila Akhirun Hayah!!


Aku mahu terus menulis hingga ke akhir hayat!!! Bukan menulis macam selalu dok tulis,hehe..Tapi menulis yang dimaksudkan adalah dalam blog semacam ini. Barangkali sudah betul rasanya cara dan susunan nahu Arab. Sudah lama ditinggalkan,huhu. Ada sesiapa boleh betulkan sila beritahu ye,hehe..Apa-apa pun, pesanan ramai bijak pandai juga; ikatlah ilmu dengan menulis dan sebagainya juga dijadikan dorongan buat mukmin. Dengan sahabat se-generasi yang begitu hebat menulis, mukmin juga mahu bersama kalian walaupun baru bermula. Bak kata H.M Tuah juga, sekali berlari biar sampai ke garisan penamat. Habiskan larian itu. Habiskan..Sama juga mukmin. Mukmin baru sahaja mula berlari setelah mendengar wisel yang ditiup pengadilnya. Dan ayuh, kita terus mahu berlari lagi!!!!

p/s-tulis dan terus menulis..biar tiada yang nak baca pun deh,hehe..

Tuesday, May 19, 2009

Aku.(dot) Serius.(dot)com

Memang aku selalu terkena kalau cakap pasal serius. Lebih-lebih lagi masa jadi tutor masa di sebuah kolej swasta dahulu. Pernah pertama kali masuk ke kelas, semua pelajar untuk subjek Anatomi dan Fisiologi tiba-tiba senyap sedangkan sebelum itu mereka dok bising je. Aku masuk dan buat-buat macam senyap, depa pun bersama senyap. Barangkali depa terkejut aku masuk dan bagi salam dengan perlahan (baca=macho) kononnya,hehe..


Aku perkenalkan diri. Salam juga diberi.


" Emm..nama saya Mohd Redhuan, kamu boleh panggil saya En. Redhuan. En.Due pun boleh. Nama lain selain dari nama itu tak dibenarkan. Yang penting, saya nak dalam kelas ni, jangan tidur-tidur curi masa saya mengajar. Nak tidur juga, sila angkat tangan. Saya bagi tidur. Tapi kalau lepas tu kamu tak faham, kamu kena buat-buat faham sendiri lah," ucap pertama aku bekerja sebagai tutor.


Depa
pelajar masih lagi senyap. Mungkin intonasi aku serius lagi kot.


" Saya pelik, kenapa muka kamu semua macam takut-takut?," aku pula kena triggerkan suasana konon-konon ceria.


" Ingat, saya ni muka je nampak garang, badan je sedikit besar (sambil depa boleh mula gelak kat aku) dan insyaallah, saya ni baik hati orangnya," lagi depa dah lebih gelak pula. Dan aku tiba-tiba pula masuk bakul lepas tu angkat sendiri,hehehe..


aku dan anak sepupuku yang sentiasa comel


Bukan apa, aku hanya mahu cetuskan suasana riang-riang. Tiada takut-takut dengan pengajar dan juga yang diajar. Tambahan lagi, dicampur dengan muka aku yang nampak serius, memang lagi banyak aku kena triggerkan suasana sebegitu.


Aku.Serius.com


Tiada apa-apa pun kaitan tulisan tajuk itu dengan alamat web ke atau selainnya. Cuma, mahu aku tuliskan di sini, lebih-lebih kepada ex-pelajar aku (sebab aku kuat dok kempen kat depa suruh masuk blog aku,hehe..) dan juga bakal pelajar aku nanti, aku memang serius juga. Tapi tiada lah pula mahu serius sampai mahu makan orang barangkali,hehe..


Apa-apa pun, mereka dua orang bekas pelajar aku ini selalu juga ceritakan bila aku bawa mereka jumpa kawan-kawan aku. Cerita yang hampir sama. Cerita tentang masa depa first time masuk kelas dengan aku, aku nampak garang dan serius. Kadang-kadang aku naik malu sebab ending cerita itu mesti dia nak ceritakan aku ini tiada lah garang sangat, tiada lah serius sangat. Baik hati sebenarnya. Malu juga seh,huhu..Tapi takpe, mereka memang pelajar yang baik.




mereka berdua

Akhlaknya

Jangan terlebih serius, jangan pula tak serius langsung. Sebab orang yang mahu bawa agama itu harus ada jiwa keduanya. Jadi lah kita semua semacam Umar Al Khattab r.a. Garangnya di siang hari bagaikan singa di rimba kerana berjuang pada jalan Allah, tapi malamnya pula bagaikan rahib yang terus memohon dan meminta ampun padaNya dengan hati yang lembut dan juga sebagai hati seorang hamba. Wallahu'alam.


p/s-serius tapi lawak,boleh ke??hehe..

Monday, May 18, 2009

Dijemput Semua Datang Ke Majlis Walimatul Urus Ku!!

Assalammualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin menjemput semua kawan dan rakan sejak dari sekolah rendah, menengah dan dari matrikulasi serta Universiti untuk hadir ke majlis Walimatul Urus ku yang akan diadakan nanti pada cuti persekolahan nanti. Aku rasa semua kad sudah dihantarkan ke beberapa alamat rumah yang sempat aku kutip dahulu. Dijemput semua datang dan jangan segan-segan tak mahu datang pula. Makanan disediakan untuk semua.


Tambahan lagi, pada yang belum dapat kad lagi atau yang mahu kad lebih boleh hubungi aku terus. Maaf lambat memberitahu tentang jemputan ini. Ini adalah pilihan keluarga dan aku juga menerimanya dengan seceria mungkin.


Jangan lupa datang ye!!!





Kahwin







.........................................................................................



Aduh, pening kepala aku. Masuk ni dah lima orang bagi kad jemputan kahwin kepada aku. Yang ni lagi hebat, bukan setakat kad je dah sampai, siap follow up ikut e-mel lagi. Memang canggih manggih la. Yang tak tahannya, semua kawan-kawan aku ini ramainya jemputan dari luar negeri tempat aku berada sekarang. Jauh juga perjalanan nanti kalau mahu pergi. Kena check poket juga ini,hehe..


Sekarang, memang musim kahwin bagi mereka yang sebaya dengan aku. Dalam lingkungan umur 24 tahun hingga 26 tahun, ini lah masa sesuai untuk mendirikan Baitul Muslim (keluarga muslim) sekiranya dilihat dalam aspek Malaysia sekarang. Dicampur dengan faktor-faktor pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat dan juga tekanan kerja serta perasaan, aku fikir dalam lingkungan umur ini lah paling sesuai.


Pernah juga terfikir dan membuat analisa, aku ada juga dua uncle yang meninggal sebab hypertension. Tapi bukan kerana keturunan tetapi disebabkan tekanan kerja. Innalillah, Allah menjemputnya ketika usia baru mencecah 50-an. Sama juga seorang lagi uncle, masa tahun 1994 dalam usia 50-an juga disebabkan terkejut dengan berita mak aku yang masuk hospital ketika melahirkan adik bongsu, meninggal dunia. Kata mak, uncle yang ini begitu sayangkan mak sebab mak adalah adik kesayangannya. Kerana terkejut, hampir setahun selepas itu ditambah dengan usia mencecah 50-an lebih, Allah jua lebih menyayanginya.


Last
sekali, uncle yang ketika itu baru usia lewat 50-an juga meninggal disebabkan masalah jantung, Allah lebih menyayanginya. Auntie aku juga sama meninggal di awal 60-an. Tapi ini pula disebabkan kanser rahim.


Kenapa Aku Ceritakan?


Bukan apa, harus ambil iktibar buat semua. Aku juga sama. Jodoh, mati dan juga hidup semua sudah Allah taa'la tuliskan dalam buku kita di Luh Mahfuz sana. Cuma kita boleh juga berusaha untuk menjaga dan membuat keputusan seperti menjaga kesihatan dan juga memelihara tubuh badan dari jangkitan penyakit yang tidak sepatutnya. Semoga kita sempat melihat anak-anak kita nanti membesar dan mendapatkan kasih sayang serta perhatian kita sewajarnya. Lebih-lebih lagi siapa yang mahu kahwin lambat tuh,hehehe..Aku belum lagi ye!!!


Seorang di Baling, Kedah

Seorang di Sijangkang, Selangor

Seorang di Bentong, Pahang

Seorang di Dungun, Terengganu

Seorang di Bachok, Kelantan

Seorang di Kota Bharu, Kelantan


Insyaallah, kalau tiada apa aral melintang aku sampai jua nanti. Kalau aku yang tak sampai, hadiah je la yang sampai dulu kot,hehe..Apa-apa pun, aku doakan kebahagiaan kamu semua.


Baarakallahu laka wabaraka 'alaik Wajam'a bainakuma fi khair..


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Pendidik~Untuk Semua..

Hampir 7 tahun sudah tidak meraikan hari Guru di peringkat sekolah. Maknanya, mukmin sendiri sudah hampir 7 tahun tinggalkan suasana persekolahan. Masih kekal dalam memori ingatan, Hari Guru merupakan antara hari yang dinanti. Bukan apa, kadang-kadang naik gelak juga dulu bila melihatkan ada guru yang selalunya serius di waktu persekolahan, tetapi bila tiba Hari Guru, dialah yang akan kena menyanyi lagu Guru Malaysia (sebab kadang-kadang buat gerak mulut je sebab tak ingat lirik,hehe..), kena main-main permainan macam sukaneka dan macam-macam lagi aktiviti yang disediakan. Dengan kata lain, tak nampak macam guru sangat lah. Lebih macam kawan-kawan kepada murid-murid semua. Tetapi walaupun begitu, hormat masih kita semua akan diletakkan di hadapan.


Hormat Selamanya..



Guru mahupun murabbi kita adalah seorang yang harus kita sanjung sehingga kita mati, sebaiknya. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah membawa pesanan ini supaya terus menghormati sesorang walaupun ianya hanya mengajarkan kita sepotong ayat sahaja. Kalau guru dari sejak kita pra-sekolah hingga ke alam Universiti, rasanya bukan sekadar sepotong ayat diajar, tapi sudah tidak terbilang ayatnya yang dipotong dan diberinya kepada kita!!

Arakian, hampir keseluruhan hidupku dipersembahkan di hadapan mata dengan semua guru yang begitu cekal mendidik, begitu tabah melayan karenah anak didiknya. Dan yang paling penting, mereka yang bergelar pendidik atau pun guru sanggup dan ikhlas mengajar walaupun ada yang kadang-kadang sudah tidak lagi mampu untuk menunjukkan rasa minat belajar.



jadi tutor, mendengar pelajar buat presentation


Mulia Kerjanya


Seperti kita maklum, kita mungkin juga pernah jadi murabbi atau pendidik seseorang. Bagi mereka yang mungkin pernah menjadi naqib atau juga naqibah, dan juga mungkin bertaraf sang murabbi seseorang, anda juga tak lari dari kerja mulia ini. Tahniah kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa dan ikhlas dalam membawa kerja-kerja sebegini.

Ada juga teman di kejauhan sana, sanggup turun seminggu sekali untuk mengajar Al-Quran kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tidak pelik nanti, akan ada tokoh-tokoh Islam yang muncul dari sana kerana usaha pendidik yang ikhlas mengajar mereka membaca Al-Quran. Jazzakallah diucapkan. Begitu mulia kerja-kerja pendidik ini.

Namun, ada juga kadang-kadang antara orang sekarang menganggap professional perguruan sekarang sebagai senjata terakhir untuk mendapatkan kerja. Semoga kalau ada yang sebegitu, boleh lah kita ubah niat semula. Kerana sesungguhnya kerja ini begitu mulia hendaknya..


Kesimpulan


(Wah, ada kesimpulan. Macam karangan sekolah pula, hehehe)Akhir kata, SELAMAT HARI PENDIDIK~khas kepada semua yang pernah dan sedang menjadi guru tapi tak lupa juga kepada mereka yang menjadi pendidik secara langsung atau tidak..

p/s-KAMI GURU MALAYSIA, BERIKRAR DAN TERUS BERJANJI....sambung????hehehe...

Friday, May 15, 2009

Ukhwah Itu Indah

" Jadi kita hujung minggu ni?," soal aku pada Hasyrie.

" Set. Jadi. Kita kumpul je mana-mana geng kita yang ada kat Kelantan. Pastu kita kumpul kat sana dan main game yang kita sudah janjikan," balas semula.


Petang Itu..


Kami bertiga, dalam satu kereta bergerak menuju ke Sri Tujuh. Kali ini, setelah hampir lama tidak bersua dan bertemu muka dalam aktiviti tidak formal, rasa rindu itu berbuah. Rasa kenangan lama mahu dicipta dan dibentuk kembali.

Sampai di sana setelah perjalanan yang agak jauh juga dari Kota Bharu. Rasa-rasanya lebih kurang 40 km. Tapi tidak apa lah. Sebab lesen pun baru dapat aku ini,hehe..15 minit kurang dari jam tujuh malam, kami tepat sampai. Bilik kami check in dan menerima beberapa tambahan bantal dan tilam. Ye la. Enam orang mahu duduk dalam satu bilik, banyak juga mahu ditambah bantal dan tilamnya. Nasib baik kami berenam. Kalau ber-19 macam dulu-dulu,SUBHANALLAH,huhu...

Lepas Isyak, kami sudah cukup korum. Seramai enam orang dapat dikumpul. Sebenarnya ramai lagi boleh dikumpul. Mungkin buat saat ini, mereka ada musyaqqah yang tidak dapat dielakkan.



fidar, aku dan Muizzuddin


" Mana tempat main game kita ni Sedi?," tanya kawan aku, Fidar dan Muizzuddin.

" Ala..dekat doh. Depan itu jah. Ready doh ker nak main?," gelak pula dia.



sambil diajar dan ada yang dah buat-buat pandai kat belakang,hehe


Bukan apa, buat pertama kali kami datang main hentam-hentam bola Golf ini. Ye la. Ada yang datang untuk berlatih atau mereka yang datang mahu saje-saje main. Macam kami kot. Patutlah ada antara kami yang pakai seluar sukan je, selipar dan juga baju yang tidak ter-tie in. Kalau ikut peraturan, sudah lama kami dihalau keluar,hehe..Alhamdulillah lepas pula kami malam itu.

Hampir 250 bola Golf dihentam, rasanya kami sudah bergeliat otot belakang ni (betul ke bahasa ni,hehe). Rupa-rupanya, dalam sedar tak sedar ada yang dari mula malu-malu kucing tak mahu main nampaknya sudah makin terror dan nak main lagi. Tapi sebab kami rasa macam dah tak berapa best badannya, kami stop sampai sini. Aduuuuhhh...ni baru sikit. Macam mana lah sahabat-sahabat dulu pegang senjata yang hampir berjihad berhari-hari lamanya??? Kurang sungguh tarbiyyah jasadiyyah kami ini. Tergelak kecil,hehe..


baru lepas main..


Pagi Esoknya...


Kami menyusun jadual untuk main futsal pantai kali ini. Tapi kami sudah tinggal 5 orang. Seorang terpaksa pulang kerana ada urusan keluarga. Namun, ketibaan junior-junior kami, menjadikan acara ini tetap berlangsung.



sebelum main pun dah penat,huhu


Khari, si kembar, Zariff dan juga Iqbal, antara pasukan junior kali ini. Kami, dibarisi yang sudah tua agaknya, yang sudah besar agaknya, yang sudah lama tak main agaknya, masih lagi bersemangat. Semangat!!!!!hehehe...

Perlawanan berlangsung. 10 minit untuk satu separuh masa. Separuh masa pertama, kami ketinggalan 7-3. Aduh, betapa penat sungguh kali ini. Tapi aku sempat juga menjaringkan dua gol dengan bantuan Amre dan Fidar. Sedi dan Dr Muha juga tak kalah hebatnya. Memang hebat adik-adik ini. Khairi, si kembar dan juga Zariff berjaya mempamerkan permainan menarik.

Tamat separuh masa pertama. Kami terpaksa berbincang untuk menjaringkan lebih lagi gol. Perancangan dibuat. Kami tak mahu malukan generasi kami!!!huhu...

Dr Muha as a keeper, with a great defender from Sedi, attacking winger from left, Fidar and Amre as a striker; we move again. Me, as responsible to lock that brilliant performanced from twins.(speaking yang tak betul pulak,hehe)




tengah menjaga dan dijaga salah seorang twins

Perlawanan berlangsung lagi. 10 minit begitu meletihkan dan mendebarkan. Akhirnya Amre berjaya mengurangkan defisit gol kepada 7-4. Kami bertahan. Mereka menyerang. Kami menyerang mereka juga menyerang. Alhamdulillah kami patuh kepada discipline position masing-masing berbanding separuh masa pertama tadi. Akhirnya tamat perlawanan. Dan konklusinya, PENAT!!!!!!

kami bergambar bersama junior selepas perlawanan


Namun, kami berjaya juga memberikan saingan untuk junior kami. Insyaallah lain kali kita lawan lagi. Kali ini kami akan perturunkan barisan terkuat. Jaga-jaga adik!!!hehe..


kami pula bergambar.Penat sihh!!!

Akhlaknya

Sesungguhnya, aktiviti ini merapatkan ukhwah kami yang sudah lama terjalin namun kurang pengisiannya. Insyaallah, akan aku ingat setiap aktiviti kali ini. Begitu indah bila kita sandarkan ukhwah keranaNya. Bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah kerana kita yakin akan bertemu jua nanti. Kerana kita begitu sebenarnya..

p/s-tingkatkan Ukhwah, padukan penuh Silaturrahim

Thursday, May 14, 2009

Pohon dan Pinta lah

"Aku rasa macam susah je aku ni nak dapat rezeki. Cuba sana tak dapat. Cuba sini tak dapat. Alih-alih, aku je yang banyak habiskan duit dan tenaga. Orang lain, sekali cuba macam terus dapat. Orang lain, tak cuba pun tapi akhirnya dapat pula.

"Payah sangat ke nak bagi senang sikit dapat kerja ni???? Ya Allah, kau dengarkah rintihan hati ku ini," rintih seorang pemuda.

Cemburu itu tetap ada. Dengki itu pasti ada pada orang-orang sebegini. Aku bukan wali mahupun orang yang selalu kuat amalan pada Tuhan. Aku manusia biasa. Makan minum pun aku buat. Tapi bila bab-bab macam ini, aku rasa macam aku ni tiada tempat pada pandangan Tuhan. Aku juga solat. Aku juga berzikir. Aku juga buat macam orang-orang Islam lain buat.

Bab-bab macam ini, aku rasa aku lah manusia yang paling teruk. Sudah berapa kali aku cuba, last-last aku tak dapat juga. Aku juga dah belajar banyak tips-tips untuk interview. Tapi akhirnya aku tewas juga. Orang lain tiada lah sampai macam aku. Senang-senang je dapat kerja.

..........................................

Muhammad terus bergerak menuju ke Taif. Dakwah ini harus disebarkan. Setelah penduduk Mekah menolak dakwah Muhammad s.a.w., Muhammad terus bergerak. Tiada apa yang mahu disesalkan lagi. Islam harus disebarkan. Sikap tidak putus asa Muhammad, sebagai ummat harus diteladani. Kesungguhan untuk menyebarkan deenul Islam, perit jerih yang ditagih, harus ditonton oleh semua umat Muhammad.

Setelah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan juga Abu Talib bapa saudara baginda, sebaran ke Taif terus digagahkan. Agar dengan harapan Kaum Thaqif dapat menerima Islam setelah Mekah menolaknya. Tidak semua menerima Islam di Mekah. Setelah Islam diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk disebarkan secara terus terang.


Sehinggakan pada satu masa....



.......................................

" Man, kau ada kenal tak siapa-siapa yang boleh tolong untuk bantu dapat apa-apa?," tanya pemuda ini.

" Takde la pula aku tahu. Kau cuba la dulu. Buat betul-betul. Mesti dapat punya," Man memberikan penyelesaian ringkas.

" Bukan apa, nak buat betul-betul itu boleh. Cuma aku tak yakin la boleh dapat. Macam-macam orang sekarang guna cara. Dari guna orang tengah sehinggakan macam-macam lah untuk dapatkan ia," pemuda ini terus menyambung hal ini.

" Kalau macam itu, kau guna lah satu talian yang memang kau tak akan kena bayar. Lagi-lagi, 24 jam kau boleh guna talian ini," Man memberikan satu lagi penyelesaian.

" Apa tu Man? Apa nama talian tu? Ada yang aku tak tahu ke?," tanya semangat pula pemuda ini.

" Gunalah talian terus dengan Allah s.w.t. Terus tanpa halangan. Mohon lah padaNya. Minta lah segala apa yang kau nak minta. Kau pun tahu, dengan Allah s.w.t. ini anytime kau boleh minta, masalahnya kita sahaja yang tidak mahu yakin dan tidak memintanya dengan bersungguh-sungguh. Usaha kau dah buat betul-betul. Lagipun kalau kau tak dapat apa yang kau minta nanti, paling kurang kau tidak ada rasa bersalah dengan siapa-siapa. Kau yakin ke dengan guna orang tengah atau apa-apa pun cara lain atas nama makhluk, kalau kau tak dapat apa yang kau mahu kau akan redha begitu saja? Aku rasa tidak. Mesti kau akan tak habis dok marah-marah kan orang yang kau minta tolong ini. Tapi dengan Allah s.w.t lain. Insyaallah, kalau bukan sekarang rezeki kau, insyaallah kita beriman dan percaya, satu masa nanti laluannya akan dibuka dan dijelaskan jua. Kalau tidak di dunia, kita juga beriman bahawasanya di akhirat nanti ia juga boleh ditunaikan. Yang penting, kau beriman dan yakin padaNya setelah puas kau berusaha untuk mencubanya," tegas Man membasuh fikiran pemuda ini.

" Mohon lah padaNya," akhirkan perbualan Man.

Pemuda ini senyap tidak berkata. Mungkin berasa malu setelah banyak hal mahu hanya bergantung kepada makhluk semata. Lupa, kita masih lagi bertuhan Allah semesta Alam yang menciptakan segala dan Maha Pemberi Rezeki sebenarnya.

...................................................

Setibanya di Taif, lain pula yang disangkakan oleh Baginda Muhammad s.a.w. Kaum Thaqif ini terus terang mahu menolak apa yang di bawa oleh baginda Muhammad s.a.w. Mereka menolak dakwah baginda secara kasar. Mereka mengajar anak-anak mereka dengan membaling batu-batu ke arah Muhammad s.a.w. Anak-anak ini sememangnya menyakiti baginda. Sudah lah baginda baru sahaja kehilangan dua orang tersayang, ditambah dengan apa yang berlaku kali ini, begitu menyebabkan baginda Muhammad sakit dan lagi berdukacita.

Anak-anak ini membaling batu sehinggakan baginda Muhammad s.a.w. mengalir darah hingga ke kakinya. Mengalirnya darah Muhammad yang suci akibat dilontar oleh anak-anak yang tidak bersalah. Mereka cuma dihasut oleh mereka yang dewasa. Dewasa kaum Thaqif yang mahu secara terang menolak agama yang suci ini. Sehinggakan baginda berlindung di satu kebun. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi teruk. Baginda dilayan sebegitu teruk sekali oleh kaum Thaqif. Begitu tidak sepatutnya layanan yang diberi.

Sehinggakan baginda menadah memohon..

.......................................................

" Kau tak mahu balas apa yang mereka dah buat pada kau?," tanya Zaid pada seorang pemuda ini.

" Apa kau nak aku balas? Kau tak tahu ke negara kita ada undang-undang. Kau mahu aku masuk penjara kalau aku balas balik, " bentak pemuda ini.

" Bukan apa, dia dah jatuhkan maruah kau. Dia kutuk kau. Dia caci kau. Nasib baik je dia tak gunakan fizikal untuk menjatuhkan maruah kau. Aku memang tak boleh kalau orang perlakukan macam ni pada kau," serius Zaid menerangkan.

" Biarkan lah Zaid. Mungkin ini yang harus aku terima. Bukan mahu mengalah, mungkin ada jalan dan usaha lagi baik di hadapan sana nanti. Kau pun tahu, si Liza itu adalah antara pilihan keluarganya. Tambahan lagi, Liza itu adalah salah seorang wanita yang ada atas muka bumi ini. Bisa ada orang lain yang boleh gantikan.

" Caci ke, keji ke, apa-apa pun aku kena terima. Mungkin ini yang telah ditulis oleh Allah di sana. Di Luh Mahfuz. Skrip cerita aku mungkin berbeza dengan orang yang memiliki si Liza itu. Mungkin aku kena lalui banyak lagi cabaran-cabaran lain untuk mendapatkan jodoh. Ala..jangan bimbang lah Zaid. Bak kata orang Melayu kita, bunga bukan sekuntum. Nanti kalau dah jumpa bunga yang sekuntum nanti, biar lah bunga itu mekar juga di samping senang di sunting. Tak mahu lagi aku bermain-main dalam hal ini.

" Aku, kau mahupun sesiapa pun nanti semuanya telah ditulis skrip hidupnya. Kau kahwin dengan siapa, anak berapa, mati nya bila malah rezeki nya macam mana. Cuma kau juga tak boleh putus asa atas apa yang berlaku. Aku juga begitu," tegas pemuda ini.

" Baik lah kalau begitu. Memang kau seorang yang sabar bro. Kalau aku, dah lama pecah muka orang tu. Bukannya bagus sangat depa tuh," marah lagi Zaid ni.

" Sabar bro. Sabar," nasihat pemuda ini biarpun riak muka menunjukkan tidak apa-apa tetapi sebenarnya ada juga sedih pada dirinya.

" Ya Allah, berikan aku kekuatan, " pemuda ini bermonolog sendirian.

.......................................................

Baginda mengangkat tangan memohon padaNya. Doa ini antara doa yang paling menggetarkan jiwa pada mereka yang selalu susah hati, selalu berasa mahu putus asa. Biar dalam apa keadaan sekalipun. Dalam dakwah, dalam kehidupan..betapa hidup perlu terus biar apa yang terjadi.


" Ya Allah aku mengadu pada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Kamu lah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka padaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa) . Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan juga tiada kekuatan melainkan dengan-Mu"


Doa ini dipanjat baginda Muhammad. Penuh kekhusyukkan dan penuh sifat hamba dan sebagai Rasul pilihanNya. Agar apa yang berlaku di Taif ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi selagi ini bukan lah kemurkaan dari Allah s.w.t..

Maka, turunlah malaikat untuk membalas atas apa yang telah dilakukan Kaum Thaqif terhadap baginda. Diriwayatkan, Jibrail memohon untuk meminta cara macam mana untuk menghancurkan kaum ini. Mahu laga kan bukit antara penempatan Taif ini atau macam mana? Namun, baginda terus menunjukkan sifat pemaaf dan santunnya. Biarpun berdarah kaki baginda, baginda tetap optimis untuk menghalang Jibrail perlakukan sebegitu rupa. Baginda optimis bahawa satu hari nanti akan lahir tokoh-tokoh Islam dari kaum Thaqif dan juga dari Taif ini. Dan sirah terbukti tentang hal ini.

Segalanya tercatat dalam sirah..

Apa lagi mahu kita fikirkan. Bahawa baginda tetap teruskan juga walau apa yang terjadi. Yang penting, jangan lupakan permohonan kepadaNya setelah terus berusaha...

p/s-TERUSKAN MEMOHON DAN MEMINTA PADANYA walau macam mana keadaan dan keputusan yang telah anda dapat!!!!!




Sunday, May 10, 2009

Discipline Position!!!

Tidak lama lagi muktamar sanawi Parti Islam SeMalaysia akan bersidang. Sebuah organisasi yang sememangnya terus memperjuangkan dasar-dasar Islam yang tetap dan terus dapat bergerak seiring dengan kemajuan dan teknologi yang ada sekarang. Pelbagai isu yang timbul di kala menjelang muktamar kali ini. Muktamar ke-55 kali ini merupakan muktamar pemilihan untuk sekian kali nya setelah yang terakhir muktamar pemilihan pada tahun 2007.

Isu sama yang digendangkan oleh media sana. Isu pelapis Erdogan dan sebagainya. Pemilihan pada muktamar ke-53 juga dibangkitkan isu yang sama. Isu young turks konservatif dan moderat serta pelbagai isu pernah dimainkan dahulu. Akan tetapi ada juga antara kita akan mengikut gendang yang dipalukan mereka. Kita juga yang terikut dengan gaya dan kebisingan media sana yang mahu melihatkan seolah-olah organisasi ini di dalam keadaan kelam kabut.


Ulama' Professional


Isu ini juga dimainkan pihak sana. Banyak media sana terus menari dengan isu ini. Hakikatnya, ianya mahu melihatkan bahawa semua tokoh yang akan bertanding nanti seolah-olah tidak layak dipertandingkan kerana tidak memenuhi kriteria ini. Aku sendiri menyambut apa yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sekemas yang mungkin. Serapat yang mungkin atau sepadu yang mungkin. Tiada apa lagi yang harus dibimbangi oleh barisan pimpinan mahupun ahli waima orang yang hanya menyokong dengan saranan ini. Sebagai orang yang faham, tentu ini lah saranan yang terbaik.



tuan guru nik aziz


Orang yang tahu mendalam tentang agama dan juga professionalnya dalam gaya pemikiran, mungkin itu lah yang dimaksudkan. Pada aku, tidak perlu untuk jadi Ustaz seratus peratus barulah boleh masuk bertanding. Tidak perlu juga dia seorang professional kerjanya baru boleh masuk bertanding. Apa yang penting idea dan gaya pemikirannya. Tertarik juga dengan idea mengenai pemikiran yang sepatutnya ada pada setiap muslim atau lebih khusus lagi untuk post kali ini iaitu ulama' (orang yang begitu alim ilmu agamanya) sendiri. Mereka haruslah pandai mengabung selarikan antara syariatik dan saintifik dalam membawa agama Allah dan organisasi ini. Lebih-lebih lagi dalam membawa harapan baru untuk membawa Malaysia nanti.


Aku rasakan itu yang dipandang Tuan Guru Nik Aziz. Memandangkan Najib sering membawa dan menjaja istilah barunya 1Malaysia sehinggakan kadang-kadang boleh mengotorkan maruah agama. Kita sudah lama membawa dan mengaplikasikan istilah yang sama dan membawa maksud yang lebih besar lagi iaitu Islam, cuma kita mahukan ianya betul-betul dan lebih terlaksana. Islam itu sendiri sudah menjadikan kita 1 sebenarnya. Nama organisasi ini pun sudah menceritakan segalanya. Parti Islam SeMalaysia!!! Islam untuk SeMalaysia!!!! Islam untuk semua!!! PAS for All!!!


Discipline Position


Cuma, ada antara ahli yang mula untuk membuat onar yang tidak tahu sebabnya kenapa. Aku berfikir dan melihat serta membaca ulasan sepatutnya, mungkin kerana sesuatu yang dihajati mereka apabila menganggotai organisasi ini tidak tercapai barangkali. Dalam buku karangan Fathy Yakan, Mutasa QiTun A'la Thariqatul Da'wah menyebut ada golongan yang akan menyertai sesuatu jemaah untuk mendapatkan sesuatu. Dan apabila ianya tidak dicapai, maka mereka cuba untuk meninggalkannya. Malah ada yang akan membuat onar di luar dengan mengatakan jemaah ini tidak baik dan sebagainya.Haruskan ada antara kita mahu menjadi ahli begini?? Tepuk dada tanya iman masing-masing.


Perjuangan Agama itu jauh dan mungkin kita tidak sempat untuk tengok hasilnya barangkali. Akan tetapi kita haruslah mempunyai asas yang kukuh dan bertindak mengikut position yang telah ditetapkan. Kalau pimpinan, pimpinanlah kita. Kalau ahli, jadilah ahli yang wala' dan juga tahu menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan agama dan jemaah Islam sendiri. Jaga lah discipline position kita masing-masing. Apa pangkat atau jawatan yang kita ada sekarang semuanya sudah ditetapkan olehNya. Segalanya telah disuruh oleh Allah untuk menyerahkan pada yang ahlinya. Mungkin masa kini kita hanya sesuai menjadi ahli dan tidak pelik jika satu masa nanti kita pula boleh menjadi ketuanya pula.


"...sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.."

surah an-nisa':58


Akhirnya aku merasakan menjelang muktamar nanti, sama-sama lah kita terus muhasabah dan koreksi kan segala tindakan kita. Agar ia terus selari dan sama apa yang dimahukan olehNya. Dan yang penting, jangan lah kita sendiri menjadi alat pemusnah kepada organisasi ini sendiri. Jadikan lah discipline position masing-masing untuk memastikan segala gerak kerja kita semua berjalan seperti dirancang.

p/s-tak sabar menanti muktamar!!




Kisah Di Hari Ibu..

Sama juga sambutan hari Ibu dengan sambutan-sambutan hari lain aku rasa. Pagi-pagi lagi mesti akan masuk mesej ke dalam peti inbox setiap telefon ibu kalau anak itu berada jauh dari ibu. Kalau tak pun, bagi yang berada dekat mungkin boleh balik jumpa ibu. Tak kata ianya salah, cuma mungkin itu akan jadi ritual yang sama setiap tahun sedangkan kita sepatutnya menghargai dan mengucapkannya sentiasa..


Pagi 10 Mei


Aku pun sama, nak juga ucapkan selamat hari Ibu pagi ini sebab duduk di rumah. Tapi lain pula jadi halnya. Abah pulang dari masjid selepas solat Subuh tiba-tiba mengadu sakit. Tiba-tiba terbaring. Tiba-tiba tidak boleh untuk berdiri tegak. Tersungkur dan terbaring. Berpeluh tiada henti biarpun aircond sudah dipasang pada suhu yang agak sejuk.


Mak jadi panik juga. Aku yang baru dalam keadaan yang Subuhnya baru lagi pun naik panik juga. Tapi orang kata, apa-apa berlaku kena buat relaks. Cool. Tapi nampaknya aku naik gelabah juga,hehe..Tanya juga abah, sakit bahagian mana. Katanya sakit dari kawasan belakang pinggan hingga ke kawasan perut. Alhamdulillah. Aku rasa biasanya kalau kawasan macam ini tiadalah teruk sangat. Saje buat-buat sedapkan hati,huhu


Dengan segera, mak bersiap untuk membawa abah ke A&E. Aku diberi tugas membawa kereta(yahoo!!!!sebab baru dapat lesen..hehe). Dekat je hospitalnya lebih kurang 3 kilometer. Sampai juga, alhamdulillah abah nampak semakin baik sedikit. Mungkin sebab psikologi pesakit, bila sudah dekat dengan hospital mungkin pesakit akan rasa elok sedikit..(betul ke???)

Masuk ke kaunter pendaftaran, pre-cheking dibuat. Tengok BP (Blood Pressure) macam ok(114/70) dan pulse rate 65. Ditambah lagi dengan suhu badan 37, aku rasa insyaallah tidak ada apa-apa nanti. Aku dengan adik sempat tertidur di bilik menunggu A&E. Jam 8 pagi, mak suruh kami pulang sebab abah nampak macam sudah ok. Kami pulang dan terus sambung tidur,huhu..habis lupa semua niat nak ucap selamat hari Ibu.





abah penat


.......Tengah Hari


Abah sudah boleh keluar. Sekali lagi, aku diberi amanah untuk mengambil abah dan mak di hospital (yahoo sekali lagi!!hehehe). Aku datang mahu juga sambil-sambil tu nak ucapkan selamat hari Ibu. Bila sampai, aku tengok abah dan mak sedang rancak berbual. Alhamdulillah semua selamat. Tapi yang paling aku nampak perbezaan adalah pada muka mak. Sebelum dan selepas kejadian. Sebelum itu, mak nampak resah dan gelisah je. Sekarang, nampak begitu ceria. Nampaknya, aku rasa cukup aku ucap dalam hati je la sebab rasa-rasa selalu juga ucap selamat hari Ibu selama ini. Sebab bimbang ganggu mood abah dengan mak. Nampak mood mak ngan abah tengah bermanja sakan,hehe..



baru bangun..


Akhlaknya??


Tiada lah besar sangat pun pengajaran boleh diambil. Yang penting, sayangi lah mereka selagi ada. Ibu atau bapa sekali pun, jangan ditunggu hari yang dikhususkan baru lah mahu terhegeh-hegeh mengucapkan sesuatu yang sepatutnya selalu dan sentiasa boleh diucapkan. Selepas ini juga, nampaknya aku dah boleh memegang amanah membawa abah ke sana dan ke mari,hehe..


p/s-SELAMAT HARI IBU!!! dan SEMOGA ABAH SEMBUH SEMOLEK2NYA!!!

Sunday, May 03, 2009

Jom Makan Budu

Dulu, pernah juga diejek oleh kawan-kawan kerana budu ini. Ye la. Tiada la kuat sangat makan budu. Tapi bila dicampurkan lagi dengan tempoyaknya. Aduh. Terliur sungguh.hehe..

Sebagai agen penuaan, itu terbukti atas kajian yang dijalankan. Seorang penyelidik kanan SIRIM telah membuktikan atas hasil yang dijalankan. Sehinggakan dijual produk kecantikan hasil 1% ekstrak budu ini.

Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari




Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek


Aku Semakin Nampak TUA!!

Sempat berjalan ke tapak Sua Rasa TV9, bersama dua bekas pelajar. Bila bergambar, rupa-rupanya aku dah nampak macam orang yang dah tua dan mungkin dah anak lima kot,hehehe..Nampaknya kena makan budu lagi banyak selepas ini.




Senyum


p/s-ada siapa mahu pesan BUDU????hehehe..