Sekarang, kita dan dunia umumnya masih lagi merasa kesan ekonomi secara global. Siapa yang menafikannya, saya berpendapat mereka belum lagi berbelanja dengan duit sendiri secara sepenuhnya. Saya yang walaupun belum berkahwin dan bekerja sekadarnya, sudah merasai tempias ini. Pernah diwar-warkan ekonomi global sudah kembali stabil, namun anda boleh fikir sendiri sebenarnya.
Kursus Induksi
Semasa saya berkursus tempoh hari, seorang Pegawai Kanan tempat saya bekerja mengeluarkan kenyataan berani dan berbentuk fakta tentang belanjawan hampir kepada mana-mana agensi kerajaan untuk tahun hadapan, 2010. Bahkan kita tahu, bajet 2010 yang baru sahaja diluluskan tempoh hari diluluskan dengan majoriti yang kecil, sememangnya membawa kita kepada isu dan hal yang tidak berapa baik untuk didengar dan dikongsi.
Masih lagi saya mengingati kata-katanya. Lebih kurang begini saya rumuskan, dikatakan hampir 70 peratus, bajet dari KPT kepada mana-mana Universiti di Malaysia terutama yang bergelar IPT Awam, akan diPOTONG berbanding tahun lepas. Maksudnya, segala aktiviti tahun depan pasti akan berkurang sebanyak 70 peratus juga (kalau ikut logik akal matematik la kan..), saya berfikir sedemikian..
Mendengarkan hal ini, apabila berlaku hal yang disebutkan dan digegerkan tentang lulusnya bajet 2010 hanya dengan majoriti amat kecil, sememangnya mungkin ada suara-suara ketidakpuashatian kecil dari kalangan mereka yang memegang autoriti di Parlimen sekarang. ini baru satu sudut Pengajian Tinggi, belum lagi di mana-mana agensi kerajaan lain. Saya fikir, mungkin tahun depan kesannya akan dapat diperhatikan secara jelas dan nyata berbanding tahun 1997 dahulu sekiranya GST pula diluluskan setelah tiga kali bacaan di parlimen nanti. Harapnya ketika itu, ahli Parlimen banyak tak hadir lagi, dan ramai pula yang tidak menyokong dan melulus GST, berGEMBIRAlah kita semua!!~
Dalam berita hari ini pun depa nak POTONG lagi. KBS mahu memotong peruntukan untuk mana-mana persatuan sukan yang tidak perform untuk sukan SEA di LAOS baru-baru ini, dengan alasan supaya mereka lebih perform nanti. Lagi mahu POTONG maa...
POTONG lagi?
Anda mahu kena potong? Saya jawab atas dasar kakitangan kerajaan, kalau itu hak kita tak patut kena potong. Tapi kalau bukan hak, apa salahnya kan. Ada satu tempat kerja kawan saya dikeluarkan arahan untuk tidak ke klinik panel lagi dalam waktu kerja, hanya boleh ke Klinik di dalam tempat kerja. Tapi sedangkan tempat kerja dia diberi peruntuk sejumlah yang amat besar untuk staff dan kakitangan untuk menerima di klinik panel yang mungkin lebih berkualiti perawatannya dan menerima sejumlah pesakit yang ramai?? Sekali kalau hak yang patut dinafikan begini diPOTONG, saya merasakan dan berpendapat, kita buat kerja TAK PATUT..
Sekarang, isunya bukan sekadar potong sahaja. Ketika inilah, siapa-siapa pun harus disedarkan, betapa kita( baca=rakyat) harus disedarkan dari lamunan bahawa kita masih berada dalam situasi keadaan ekonomi gawat. Kita boleh diberikan lebih dan lebih kesedaran dari pihak berwajib dalam hal ini. Jangan-jangan apabila sesuatu hak kita kena POTONG, baru lah kita mahu gegerkan di sana dan sini. Baru lah nak sedar itu dan ini TAK PATUT. Mungkin iklan P1 Wymax tentang POTONG boleh menyedarkan ramai orang barangkali,huhuhu..
Akhlaknya??
Tak tahu secara spesifik pula nak kongsi akhlaknya. Tapi tegas saya mahu beritahu, kalau semua dah bercakap mahu potong bajet sana sini, nampaknya nampaklah kita tidak pandai urus bajet, sebab semua ini telah diberikan dan diluluskan. Tapi tiba-tiba pula nak tarik. Patutlah kita boleh hilang enjit jet 2 butir; sebab semua dah kena POTONG kepala, masing-masing berebut nak duit lebih!!~
p/s-macam-macam, anda mahu kena POTONG lagi?
No comments:
Post a Comment