Monday, December 21, 2009

Anda Mahu Jadi Hebat?



Pernah kita terfikir kenapa Allah s.w.t hanya sediakan syurga untuk orang yang seperti Umar r.a, Ali r.a, Saidatina Aisyah r.a dan sesiapa pun lagi yang kita kenal mereka yang sehabis dan sepenat berjuang untuk agama Allah s.w.t? Jawapannya mudah, ini kerana syurga itu hanya untuk orang yang HEBAT; waima dalam sudut mana pun mereka yang saya sebutkan tadi, mereka menyumbang kepada agama dengan sebenar-benarnya. Sentiasa ada dan berada dalam situasi ketika semua umat Islam tidak mahu berjuang untuk agama Allah tercinta ini masa itu.


Boleh ke tidak rasanya untuk kita turut sama menjadi HEBAT?


Saya masa bersekolah dulu, semasa tinggal di asrama ingin berkongsi satu kisah yang sampai sekarang saya azamkan dan semat dalam hati saya. Yang saya mahu jadi HEBAT seperti ini dalam hidup beragama.


Ketika itu, kami semua baru seusai solat maghrib secara berjemaah. Dan kebiasaan, waktu ini hampir semua pelajar asrama sekolah kami akan tetap di masjid bagi mengikuti sebarang program masjid di antara Maghrib dan Isya'. Akan tetapi, ditakdirkan malam itu masjid dan hampir keseluruhan asrama kami terjadinya blackout..dan kami semua terpaksa bergelap dan masih lagi tetap berada di dalam masjid. Memandangkan ketika itu saya masih lagi dalam tingkatan 2, menulis tazkirah yang diberikan di dalam buku tazkirah amatlah WAJIB ketika itu ibarat kalau tidak menulis, teruklah KAMU!!(sekarang saya tidak pasti pula bagaimana,huhu..)


Namun, dalam keadaan bergelap macam mana kami mahu menulis?? Jadi, kami dengar je la tazkirah yang akan diberikan nanti. Lama juga kami menunggu untuk senior-senior naik ke hadapan dan memberikan pengisian..dan kami terus menunggu...tunggu dan tunggu....tunggu....





Idea HEBAT



Tunggu punya tunggu, naik la seorang senior kami ini. Memang ditunggu juga senior ini naik bercakap dan berkongsi tazkirahnya. Selalu ada makna disebalik tazkirahnya.


Macam biasa, bermula tazkirahnya. Dalam keadaan bergelap, angin sepoi-sepoi bahasa, lampu jalanan sebelah memberikan cahaya kami yang di dalam masjid yang bergelapan..satu-satu point tazkirah kami dengar..dan yang satunya ini saya amat tertarik dan akan ingat sampai sekarang..



"..........kita hidup atas muka bumi Allah ini, biarlah kita yang sentiasa terpilih. Biarlah kita yang sentiasa berjaya disaring oleh Allah dalam apa jua kerja dan lapangan yang kita buat. Lebih-lebih lagi dalam kerja dakwah Allah s.w.t. Kalaulah dalam 100 orang yang mahu berjuang, sekiranya 50 orang yang terpilih, biarlah kita ada sama dalam 50 orang itu. Kalaulah dalam 50 orang ini, hanya tinggal 25 orang, biarlah kita ada sama dalam bilangan 25 orang itu. Dan kalaulah dalam 25 orang itu nanti, tinggal 10 orang sahaja, biarlah kita juga ada dalam bilangan 10 orang itu..dan sekiranya akan ada tinggal seorang sahaja nanti dalam misi mahu berjuang dalam jalan Allah ini, biarlah seorang itu adalah KITA..inilah kerja orang-orang hebat..dan dia yang hebat inilah..akan menuju ke SYURGA Allah s.w.t yang juga HEBAT!!...."



Saya ketika itu dalam keadaan bergelap, satu-satu dapat mengingat ayat-ayat ini. Tapi kantoi sebab bila balik ke dorm, saya tak salin semula ke dalam buku tazkirah saya. Dan paling kantoi sebab bila kena check dengan AJK Tazkirah, tak siap dan kena denda!!!hehee...Nampaknya saringan tak berjaya ini,huhu..


Saringan dan Tapisan Allah


Kalau kita melihat kepada sunnah Rasul, begitulah Allah s.w.t akan sentiasa memilih hamba-hambanya yang terbaik dan terHEBAT untuk masuk syurgaNya. Malah orang yang masuk syurga kerana rahmatNya juga adalah orang yang terpilih, bukan orang main-main. Jadilah orang yang selalu terpilih dan kekal dalam ujian Allah. Mohonlah padaNya sentiasa. Ini kerana kita sememangnya mahu jadi HEBAT untuk masuk syurga Allah yang HEBAT ini!!~


Namun, selagi tidak diujiNya, jangan bilang kita sudah bersedia dan lulus dalam tapisan Allah s.w.t. Sampai bila-bila pun, saringan Allah s.w.t akan sentiasa berjalan dan bergerak. Malah, orang yang lagi faham AGAMA lah akan lagi banyak diuji dan disaring Allah s.w.t. Berjaya atau tidak, jom sekali lagi kita sama-sama memohon padaNya untuk diberikan kekuatan dan keupayaan..dan anda bagaiman, mahu jadi orang HEBAT???


p/s-saya MAHU!!~

2 comments:

areMaL said...

ayat abe au ko? rajin dgr ayat tuu tuh.. :D

saffmukmin said...

heheee..tuh rahsio,hehe..