Wednesday, December 09, 2009

Al-Farabi Band

Pernah semasa saya menyertai satu pertandingan nasyid peringkat negeri semasa tahun 2001 dahulu di Dewan Besar UiTM Machang, kami pasukan Madani diberi tentangan hebat oleh pasukan nasyid dari sekolah Sekolah Menengah Sains Faris Petra yang membawa kelainan dalam persembahannya. Pasukan mereka kali ini membawa bukan sekadar perkusi ala-ala padang pasir, tapi perkusi yang ala-ala moden, yakni dengan gitar, organ (barangkali) dan juga drumset. Saya ketika itu yakin, kami akan kalah teruk kali ini. Ditambah lagi dengan pasukan senior, pasukan nasyid dari Kolej Jaiputra amat mengusik sanubari kami dengan lagu-lagunya sebelum ini.

Kami; Madani..


Pertandingan


Sememangnya, persembahan Farisian dengan nasyidnya begitu mengasyikkan sambil diiringi musik-musik instrumental dan suara yang merdu. Lagi-lagi,mereka membawa lagu famous Hijjaz ketika itu, Rumahku Syurgaku. Habis penonton-penonton ketika itu (terutama pelajar UiTM Machang perempuan) lentok habis,huhu..Malah,mereka berjaya menarik minat pemuda-pemudi ketika itu untuk sama-sama mendengar nasyid dengan alunan gitar dan seumpamanya.


Kami?? Kami ketika itu masih menggunakan simple alat perkusi. Cuma kami membawa lagu baru kami ketika itu yang sehingga kini masih ber'hantu' lagunya; Sesuci Hati. Sejak dari tahun 2001 sehingga sekarang, ada je lagu ini dibawa ke pertandingan yang tinggi atau pun rendah oleh pasukan kami. Yang menang pun ada. Yang kalah pun ada. Siap ada yang mengaku dari sekolah lain yang mencipta lagu ini. Apa-apa pun, tribute lagu ini kepada arwah kawan saya, Khairul Azri yang bersama mereka yang lain mencipta lagu ini.


Dan alhamdulillah, sangkaan kami meleset. Kami di tempat kedua pertandingan ini. Senior dari Kolej Jaiputra tempat pertama, dan Farisian di tempat ketiga. Ketika itu saya cuma yakin mengatakan, kalau mereka kekalkan stail macam ini, saya yakin musik-musik nasyid sebegini boleh pergi jauh.




Sekarang

Hmm..namun lain pula jadinya. Oleh kerana ketika itu (2001) hingga beberapa tahun lepas, musik nasyid ala-ala jiwang yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini. Maka, ramailah syarikat-syarikat musik nasyid terpaksa mengalih genre mereka ke arah itu. Tapi sekarang, saya rasa genre macam ini sudah berkurangan. Mungkin kerana ada unsur indie pula yang naik, menenggelamkan irama nasyid yang indah ini.


Tapi, saya akan terus salute kepada kumpulan Nasyid yang satu ini; Al-Farabi. Mereka terus menerus bergerak seiring dengan massa. Supaya iramanya takkan hilang, mesejnya takkan lari, mereka terus bergerak. Biarpun perlahan, namun mereka terus bergerak. Atas dasar indie band pula yang semakin popular, mereka mengambil ini sebagai salah satu method untuk bergerak atas namanya nasyid dan membawa Kalimah Allah, insyaAllah!!~



Album pertama mereka


Dan tak pelik, mereka diundang tempoh hari ke Karnival GEMS yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa yang menyaksikan persembahan live sulung mereka kepada anak-anak muda mudi sekarang. Dan mereka pun sudah menerjah ke konti-konti radio terpilih, dan saya yakin mereka akan terus bergerak ke hadapan lagi. Bak kata Dr Fadzli; bukan setakat Jangan Undur Belakang sahaja, malah Jangan Pandang Belakang lagi !!!!~


persembahan di GEMS



persembahan di Al-Kuliyyah


Dan, mereka akan ke Berlin Jerman dalam awal tahun hadapan barangkali. Membawa misi yang besar; saya mengharapkan hasilnya pun besar nanti. Semoga kalian sentiasa diberkatiNya..


"berjuang; mesti berKORBAN dan pasti terKORBAN..dalam apa jua kerja anda lakukan, andalah PEJUANG, cuma kalau ia betul-betul disandarkan padaNya, jadilah ANDA pejuangNya,insyaAllah!!"



p/s-selamat maju jaya musik Nasyid!!

2 comments:

areMaL said...

Sedap lagu sesuci hati! Tribute kepada Arwah Abe Yie. Besar jasa dio ko Falahiah. Sedap ko lagu alfarabi band? nok tra dgr nih..

saffmukmin said...

kamal:meme sedap.skg ex madani lama2 nak tera jadikan lagu tuh masuk studio..nak bg sdp lg,hehee(impian ni!!~)..

tribute jg utk arwah..terlalu byk utk d katakan..smg dia AMAN di SANA.

blh thn sedap.kamal blh dgr d youtube..taip je alfarabi band..pasti seronok:)