" Kau aku tugaskan jadi ketua untuk kita ke Pulau Perhentian. Buat kertas kerja dan buat promosi. Kita kena cari duit dengan buat program ini. Cari duit untuk program Malam Graduasi kita," pesan Fakrul.
Sekali lagi, aku ditugaskan untuk melaksanakan satu lawatan. Lawatan ke Pulau Perhentian. Aku memang tak pernah ke Pulau ini. Lagi-lagi katanya Pulau Perhentian antara pulau yang antara yang tercantik di Malaysia dan mungkin Asia Tenggara. Masa belum pergi, satu sahaja dalam fikiran saya iaitu macam mana dengan bayarannya. Mesti mahal kan? Kesian mereka yang mahu pergi. Itu tak campur lagi dengan mahu cari tarikh yang sesuai memandangkan kami semua sekarang dalam tahun akhir. Harapnya semua boleh dibincangkan lagi..
..............................................................................................
" Kita ada tarikh ini sahaja yang paling sesuai. 30 Ogos 2007, itulah tarikh yang paling sesuai. Tapi kita akan kekurangan peserta nanti. Mungkin tak ramai yang akan sertai kita nanti, sebab masa itu cuti hujung minggu dan juga cuti Hari Merdeka" beritahu saya pada Fakrul.
" Kalau itu sahaja yang boleh, kita teruskan dengan perancangan kita," Fakrul tegas memberikan keputusan.
Peserta paling sedikit
Hanya 21 orang peserta dan 4 orang pengiring, menjadikan antara yang paling sedikit anjuran aktiviti kami. Tapi memandangkan semua sudah dirancang dan ada juga peserta yang mahu pergi, kami teruskan. Berkemah, jungle trekking, snorkling, mandi-manda, modul-modul menyeronokkan, malam persembahan, kayak, BBQ dan juga perasaan kena ribut pada malamnya, membuatkan nilai RM 120 seorang amat berbaloi. Seronok bagiku, hanya itu mampu diungkapkan!!!
sedang snorkle
penat kayak
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tanpa apa-apa yang tak sepatutnya dan yang tidak diingini berlaku, kami semua berjaya melaksanakan dengan baik. Tapi yang sedih hanya saya dan Fakrul sahaja yang peserta lelakinya. Yang lain tak sempat kami tangkap untuk bersama ke Pulau Perhentian ini. Sedih juga,huhu..
Kutipan
Dengan hanya 21 orang peserta, tak banyak yang kami dapat kutip untuk side income Malam Graduasi kami. Tapi, alhamdulillah ia juga boleh menyumbang sedikit sebanyak dalam perbelanjaan kami nanti.
Sudah hampir dua tahun saya ke Pulau Perhentian dan juga sudah setahun majlis Malam Graduasi berlangsung, semua kawan-kawan dan juga teman sudah berjaya dengan bekerjaya dan ada haluan masing-masing. Yang paling gembira, makin ramai sudah membina masjidnya. Barakallah untuk semua. Akhirnya, segala pengalaman dan perasaan gembira amat disimpan untuk selamanya. Insyaallah, jumpa lagi kalian semua.
6 comments:
Assalamu'alaikum
memang seronok ke pulau ni! Jauh dari kesibukan kota..sekali sekala bercuti ke pulau memang best!!
anonymous: benar..kalau dh bekerja,mmg menyeronokan..salah st usaha utk krgkan stress..jom ke pulau nanti!!!
salam,
Saya tak pernah pergi Pulau Perhentian lg.. heheh.. macam best je..
bercuti di pulau pun kena ada stamina nak angkut beg, n barang2.. so, kadang kala bercuti pun macam bekerja plak.. heheh.. merungut je saya ni.. :P
tronx013:hehe..ye ke.mmg best pulau ni.ada ms pegi la nnt.
ttg penat persiapan nk pegi tuh,mmg pnt tp berbaloi dgn apa yg kt wat bl sampai kat sana nanti.jom ke pulau nanti!!!!
best2 gi pulau perhentian!..pernah gi gak tahun lepas..memang sangat cantik..
rupanya demo pun suka 'travel' juga yek..
HUHUU..sama ngan kawe...
jauh perjalanan luas permandangan!
BELAJAR DARI ALAM!!..
ja'a:benar2..ambo plg suko travel..cm kadang2 duit je jd pnghlg sket buat ms nih,hehe..
pesan tuhan dlm kitabNya, kemabaralah..dalam mengenal tuhan..
Post a Comment