Tuesday, June 23, 2009

Cerita Tentang Adik

" Weng la pergi. Orang mana tahu macam mana nak beli tiket feri ni. Kalau weng tak pergi, memang orang tak mahu pergi," jawab adik saya.

Kami ditipu oleh agensi tiket feri ketika ini. Tiket pulang yang kami beli semasa sampai di Pulau Langkawi pagi tadi sebenarnya syarikatnya sudah tiada. Rasanya kami sudah membelinya di kaunter yang disahkan oleh agensi di sana. Buat pertama kali, saya pun naik gelabah juga. Tapi macam biasa, relakss,hehe..




tanda Langkawi


Saya dan adik, merancang untuk ke Pulau Langkawi selama satu hari dari pagi sampai ke petang. Kami bertolak dari Kota Bharu dan terus ke jeti Kuala Perlis. Bot feri pertama pada pagi itu kami naiki. Amat ramai juga orang yang mahu ke sana. Dan kami secara jujur, ini lah pertama kali kami ke sana. Saya hanya mampu membayangkan bagaimana tempat pertama kami sampai yang cuba dibayangkan oleh sahabat saya, Asrul.


Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Tiket untuk pulang kami terus beli. Dengan harapan nanti, senang apabila sudah selesai mengunjungi tempat-tempat di Pulau ini yang berpadanan dengan duit saya ketika itu. Ye la..duit seorang student, maksudnya duit PTPTN ler,hehe...tak banyak boleh digunakan.




dalam Bot Feri masa pergi


Dari ke pantai Chenang-ke Under Waterworld Langkawi-ke kereta kabel berdekatan di kampung Teluk Burau-dan berakhir di Masjid Al-Hana Langkawi, kami kepenatan dan sempat solat Jumaat di sini. Memandangkan duit kami sudah tinggal sedikit, nasib baik adik saya sedikit ada idea semasa dia membeli roti dan sebotol peanut butter di semenanjung semalam. Katanya, untuk back up bekalan, dan saya dengan megah berkata kita cukup duit,hahaha....


Tengok, siapa yang kena,huhu...akhirnya, saya dan adik pelahap sekali habiskan roti dan peanut butter selepas seusai solat Jumaat.



Di atas bukit~menaiki menggunakan kereta kabel


Kami berehat di sini hampir sejam. Dan tiket kami untuk pulang petang ini jam lima. Kami bajet sempat nanti sampai di Jeti Kuala Perlis jam enam petang. Dan nanti Kak Farah (masa tu belum lagi jadi kakak ipar) akan datang mengambil kami di sini. Sebenarnya, ini perancangan tambahan kami sendiri. Plan asalnya adalah hari Jumaat kami kena berkumpul di Arau, Perlis untuk majlis perkahwinan abang Fais, abang kedua saya dengan Kak Farah. Kerana malam Jumaat itu akan berlangsungnya akad nikah dan juga majlis di rumah Kak Farah keesokannya.

Dan kami merancang untuk hadir awal sehari dengan melawat ke Pulau Langkawi. Best2!!!


Tapi....


Tapi, kami kena tipu. Tiket yang dibeli sebenarnya tiada pun bot feri itu. Saya memang dah tiada duit untuk beli tiket lain. Kami sama-sama panik. Tapi saya ada sikit relakss lagi,hehehe..


" Macam ni, Dzihar pergi cuba tanya dulu dekat kaunter sana. Cuba cakap-cakap sikit. Beritahu la kita memang dah beli. Tapi kena tipu. Dan kita tidak ada duit lagi nak beli yang lain. Kalau Dzihar tak mahu pergi, kita tidur di Langkawi je malam ni!!" , saya tinggikan sedikit suara.


Saya bukan apa. Ketika itu adik baru sahaja dalam tingkatan 3. Dia ini sedikit pemalu ala-ala kucing gitu, hehe..Tapi sebenarnya dia berbakat. Mungkin lebih lagi dari saya ini. Saya cuma mahu tengok macam mana dia berinteraksi kali ini. Macam mana mahu berjumpa dan berkomunikasi dengan orang persekitaran. Ditambah dengan sedikit ugutan mahu bermalam di sini, nampaknya saya berjaya,hehe..

Dan terus dia berlari ke kaunter tiket yang lain. Jam di tangan menunjukkan 5.35 petang. Bot feri terakhir adalah jam 6 petang. Kalau kami tak naik yang last ini, maknanya kami terlepas majlis akad nikah malam ini.


Tiba-tiba....


" Yahoo!!!!....Dzihar boleh adjust 2 tiket balik. Free!!! Mungkin diorang kesian tengok muka adik ni kot, hehe," akhirnya adik dapat dua tiket juga.


Bot feri terakhir jam 6 kami berjaya naiki. Jam tujuh malam, kami sampai di Jeti Kuala Perlis. Abang Fais datang ambil. Malam itu, alhamdulillah semua berlangsung seperti yang dirancang. Dan saya gembira dengan segala yang berlaku pada adik kali ini. Duit pun selamat,hehe..(sebenarnya ada duit lebihan...)


Selepas hal ini, adik terus berani menonjolkan potensi diri~sehinggakan berjaya mendapat antara pelajar terbaik sekolah Teknik Pasir Mas bagi pelajar lelaki (Lelaki je,hehe..). Dengan keputusan SPM 2008 yang agak baik, dia menolak Matrikulasi. Bimbang tak dapat kejar pengajian dalam Bahasa Inggeris. Saya hanya akur apa yang diputuskan.




my sister, Nur Amaleena dan Bro Dziharuddin


Kini, dia sedang bersiap untuk Pengajian Diplomanya di UiTM Dungun. 27 Jun 2009, insyaalllah semoga kamu selamat belajar di sana nanti. Abangmu yang besar ini akan sentiasa doakan kamu.(^_^)


All The Best!!!~Bro Dziharuddin..


p/s-mahu mengucapkan selamat belajar juga kepada mereka yang akan memulakan pelajaran dan juga selamat bercuti kepada mereka yang bercuti!!!hehehe...

2 comments:

ammuirkif said...

tahniah bro.. suma adik2 mu berjaya...

saffmukmin said...

sama2.alos..mung sama jgk,adik beradik mung sedak2 jg,hehe..