Tuesday, October 28, 2008

Kurang Ajar atau Memang Tak Pernah Diajar

Terkejut bila membaca berita tentang seorang pelajar yang menendang guru mereka. Lagi-lagi guru yang mengajar mata pelajaran mereka pula adalah wanita. Fuh,subhanallah..apa hendak jadi dunia kita sekarang. Sudahlah kebejatan ekonomi yang telah memaksa Pak Lah kita selaku Menteri Pertahanan menangguhkan pembelian helikopter baru waima Nuri sudah lagi tidak menunjukkan kecemerlangannya, ditambah lagi dengan kebejatan akhlak dan adab masyarakat kita yang sekian lama kita rungsing dan bimbangkan, semakin menjadi-jadi.

Inilah bukti yang paling baru dan jelas betapa akhlak dan adab generasi muda sudah berada pada satu tahap membimbangkan dan sepatutnya kita sudah patut mengambil cara pencegahannya. Bukan lagi hanya menunggu masa untuk bertindak setelah berlaku sesuatu. tengoklah apa jadi pada pelajar yang menendang guru mereka. Akhirnya dibuang. Bagaimana kalau semua ini diubah dan dicegah dari awal?? Bak kata orang kita kena jadi proaktif bukan lagi reaktif. Cegah sebelum menjadi lagi parah.


Kurang ke atau macam mana..

Ajar yang diberi tidak disambut dengan baik atau macam mana sebenarnya. Ibu yang telah menatang kita bagai nak rak tapi kita pula yang menconteng arang ke mukanya. Pelbagai masalah yang timbul dari generasi muda sekarang bermula dengan masalah seperti yang mukmin sebutkan tadi, masalah bercumbuan tanpa segan silu di sekolah dan macam-macam lagi dan dengan pasti kita akan menyebut..

“mak ayah tak ajar ke ni”

“mak diorang takde nak pantau ke”

“memang takde didikan agama langsung”

Kalau kita sebagai mak ayah kepada yang melakukan masalah-masalah ini apa perasaan kita sekiranya kita mendengar cakapan orang seperti ini. Pasti rasa sedih dan hiba. Mereka bukan tidak ajar. Mereka bukan tidak beri didikan agama. Mereka bukan tidak mahu pantau. Malahan mungkin semua itu dan lebih lagi mereka sudah lakukan. Inilah yang kita kena telan. Inilah yang berlaku apabila suasana masyarakat kita sudah lagi tidak mengambil Islam sebagai paksinya.



Suasana masyarakat


Suasana

Suasana ini memang besar kesannya. Masakan tidak Hassan Al-Banna menggariskan untuk pembentukan khilafah Islam harus bermula dari pembentukan peribadi Muslim, Keluarga Muslim dan seterusnya Masyarakat Muslim. Masyarakat Muslim itu sendiri merujuk kepada suasana masyarakat yang perlu dihasilkan.

Ajaran sudah diberi. Bukan kerana cukup atau tidak tetapi kerana suasana kita di bumi Malaysia tercinta sudah banyak harus dinilai. Ayuh, kembali lah kita kepada ajaran Islam sebenar dan yang sepatutnya.Kalau kita tidak mengambil jalan dari sekarang, nampaknya haruslah bersedia menghadapinya nanti. Peringatan untuk diri ini sendiri..dan juga pada sesiapa yang mencintakan agama, bangsa dan negara tercinta..

wallahua'alam..

2 comments:

hambaNya said...

Ya Allah mmg mcm2 masalah skrg di Malaysia..setiap kali telefon, ummi sll kate,"Malaysia skrg x selamat..mcm2 kes ade..bmbang & takut jdnya"
sy bersetuju dgn mukmin ttg didikan yg diberi ibubapa. sbnrnye ibubapa telah berikan didikan yg terbaik utk anak2 mrk..ibubapa mana yg tidak mahu mlihat anaknya berjaya & mnjadi insan yg berguna..jika adanya masalah keluarga mgkin hanya golongan kecil dlm masyarakat..
hakikatnya individu itu sendiri yg harus mempunyai kesedaran dan perasaan ingin berubah..krn tiada siapa yg dpt mengubah melainkan diri sendiri. Di dalam firman Allah, "Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu KAUM melainkan kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka"[13:11]
Pengaruh sekitar juga memainkan peranan dlm membentuk akhlak & sahsiah remaja..rancgan TV drama)terutamanya kdg2 lbh mengutamakan unsur2 kebaratan drp menerapkan nilai2 Islam itu sndiri..ciuman dahi & pipi kpd bkn muhrim adlh pkr biasa utk dilakon & dipertontonkan di msia kini..kdg2 tdk nampk dimana mesej yg hendak disampaikan..ttp mmg x dinafikan ade juga drama yg memberi pengajaran tetapi blh dikira bilangannya..
Bak kata mukmin, smmgnya pembentukan nilai & akhlak anak2 bkn shj bermula dr dlm rahim / semasa kecil..tetapi proses itu bermula drp psgan itu sndiri dalam persediaan diri mrk utk membentuk generasi yg berakhlak..
smga kata2 ini mnjd peringatan kpd kita..smkin berkata2 semakin kt diuji..Ya Allah kuatkanlah diri ini..smga kita sentiasa dibawah Petunjuk & LindunganNya..smga kt & generasi akan dtg tidak diuji dgn ujian yg bakal mengundang kemurkaanNya..Nauzubillah

saffmukmin said...

benar hambanya..mukmin jg bersetuju.macam analogi untuk bercucuk tanam, untuk dapat buah atau hasil yang baik, tanah pun kena baik,semua kena baik..waima kalau dapat tahu cuaca dan baja yang lagi baik, lagi baik hasilnya kan..itulah fitrahnya..semuanya bermula pada kita.tp tak blh juga kita mengesampingkan suasana skrg..yg bnr2 mencabar sesiapa yg untk membesarkan anaknya..smga kt & generasi akan dtg tidak diuji dgn ujian yg bakal mengundang kemurkaanNya.