Sunday, November 02, 2008

Fasa Untuk Lebih Berjaya!!!

Tarikh 3 November 2008 adalah satu tarikh yang akan memberikan satu lagi fasa baru untuk mukmin di dalam fasa kerja. Tarikh ini bermulalah sem baru untuk pelajar tempat mukmin mengajar...

Untuk Berjaya Perlu Untuk Berubah

Betul ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh mukmin selama terlibat di dalam bidang pengajaran secara lompat ini. Dari sedikit masalah hadir ke pejabat pada waktunya walaupun lewat hanya tak seberapa, dari masalah menyiapkan fail walaupun diminta sehari sebelum kena hantar..kadang-kadang pedih untuk menerima sekiranya orang lain yang tidak disalahkan atas kesalahan yang sama. Namun pedih sepedih manapun harus diterima.

Insyaallah, kali ini mukmin telah cuba untuk mengubah semuanya kepada yang lagi baik. Nabi kita pun berpesan supaya jangan untuk seorang mukmin masuk lubang yang sama dua kali. Betul-betul kena berubah..

Jadi Mukmin yang lagi berjaya nanti,hehehe...


Kegagalan untuk beri
yang terbaik harus diambil sebagai langkah permulaan untuk berjaya dengan lagi baik..tunggu Pengetua, tunggu Ketua Program...ini mukmin akan beri yang terbaik nanti!!!

Kejayaan Bermula Bila Sudah Mula Mengenal dan Belajar tentang Kegagalan

4 comments:

hambaNya said...

Selamat mula mengajar kembali mukmin (^_^) sy sgt bersetuju dgn mukmin..mmg betul pengajaran diambil dari kegagalan untuk menambah pengalaman dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik (^_^)InsyaAllah pdg kegagalan dari sudut yang lebih positif InsyaAllah ia akan menambahkan lg semangat kita utk menjadi yang terbaik.
p/s: sbnrnye kena marah bukan ape, sbb mrk tahu mukmin mampu membuat yg lebih baik lagi kan (^_^)

saffmukmin said...

betul2.kena marah pun tidak apa lah..jdkan pengajaran..sabar2,hehehe

hambaNya said...

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radiallahuanhuma, beliau berkata: Pada suatu hari saya berada dibelakang Nabi SAW, lalu baginda bersabda, "Wahai anakanda. Saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering" (Riwayat Tarmidzi)

saffmukmin said...

Insyaallah...syukran hambanya..