Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita sentiasa beringat tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kenapa selalu kita diperingatkan sedemikian dari kuliah-kuliah, nasyid tentang ini??
Hidup- sebelum mati
Sihat- sebelum sakit
Miskin- sebelum kaya
Lapang- sebelum sibuk
Muda- sebelum tua
Sihat- sebelum sakit
Miskin- sebelum kaya
Lapang- sebelum sibuk
Muda- sebelum tua
Ini kerana kelima-limanya adalah nikmat. Nikmat yang kita dapat sebelum dan selepasnya. Bagaimana kita diajar dan disuruh oleh baginda Muhammad s.a.w untuk mengambil peringatan supaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama mengambil langkah-langkah proaktif di dalam menjaga dan mengawalnya agar tidak berlebihan atau berkurangan.
Sebagai contoh nikmat sihat sebelum sakit. Saya sendiri terkesan setelah gastrik menyinggah di perut saya pada bulan Jun 2009 baru-baru ini. Alhamdulillah, ada seorang memberi saya tips berharga untuk berpuasa Ramadhan dalam keadaan ada gastrik. Alhamdulillah dan sangat berterima kasih padanya dari dulu hingga selamanya. Tapi, oleh kerana nikmat sihat sebelum gastrik datang tidak pernah disyukuri, makan dengan tak tentu hala jenis pemakanannya, minum dengan segala jenis air ber-gasnya menjadikan saya LUPA. Kadang-kadang kita lupa untuk mengambil perhatian pasti bila Nabi kita pesan ada sesuatu hikmah di sebaliknya.
Pada saya, cuba lah untuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk cuba kekalkan kelima-lima perkara sebelumnya. Cuba sehabis baik. Tapi bagaimana pula kalau sesorang itu memang dari kecil-kecil lagi sudah ditarik nikmatnya? Sebagai contoh hari pertama lahir terus ada penyakit kronik?? Bukan mahu pertikaikan kerja Allah s.w.t cuma mahu kita sama-sama mengambil ikitbar kalau kita yang sihat ini tidak peduli dengan peringatan Nabi kita.
Hadi, Amir dan Aisya
Adik Amir Safwan
Lelah, jantung berdegup agak laju a.k.a tachycardia. Senang berpeluh. Tercungap-cungap. Umurnya akan genap setahun minggu depan. Saya pernah menulis tentang Amir di sini dahulu.
Saya ini jenis senang untuk rasa hiba (bukan menangis yee!!!!hehe) pada keadaan yang menyumbang kepada hiba. Tapi akan tengok keadaan sekeliling juga la. Kalau ada ramai orang, relakssss dulu la,hehe..
Tapi, sejak seminggu Adik Amir balik kampung untuk beraya buat pertama kali; setiap kali kalau dengar suaranya, perlakuannya, senyumannya, lagak dan gayanya, akan menyebabkan saya dengan tanpa segan silu menjadi hiba (sekali lagi bukan menangis ye!!!,hehee). Memikirkan tentang masalah jantungnya, saya memang agak senang terasa hiba. Anak saudaraku yang ini Allah telah tarik nikmat sihatnya dari kecil lagi. Tapi dia sentiasa berusaha untuk menunjukkan dia sihat dan aktif orangnya. Kalau orang yang tidak bertanya lebih mendalam tentang Amir, pasti ramai tidak akan tahu betapa masalah jantungnya yang tertukar ventrikel kanan dan kiri disamping ketidakwujudan arteri pulmunori, injap bikuspid dan trikuspid juga tertukar kedudukannya menyebabkan semuanya menjadi sukar untuknya.
Amir dan Papanya
Alhamdulillah, Allah s.w.t mudahkan lagi keluarga abang saya untuk meneruskan kehidupan walaupun diuji sebegini. Sehinggakan abang saya berhenti bekerja kerana majikan lamanya tidak membenarkan abang saya hadirkan diri ke bilik bersalin ketika mahu melahirkan Amir setahun yang lepas. Selama 6 bulan menjaga Amir, dengan pembedahan di IJN dilakukan semuanya senang meruntun hiba saya.
Kita macam mana?
Bercakap tentang nikmat, saya sendiri akan tersedar hal-hal sebegini. Mungkin ramai lagi orang di luar sana Allah s.w.t telah menguji mereka. Malah mungkin lagi hebat. Bak kata orang kita diuji Allah untuk Allah memberikan kita sesuatu yang lagi baik.
~Akhlaknya
Saya cuma simpulkan, Kalau kita benar-benar percaya pada Allah, apa yang terjadi kita redha dan ambil ia sebagai cabaran kehidupan. Yang penting jangan kita sesekali lupa akan segala nikmat-nikmat yang ditekankan Nabi dalam maksud hadis Nabi di atas.
Saya teringat kata-kata ibunya Amir Safwan kepada mak saya tentang hal Amir..
Saya teringat kata-kata ibunya Amir Safwan kepada mak saya tentang hal Amir..
"Kami (abang saya dan Kak Farah) akan jaga Amir betul-betul sampai lah Allah betul-betul nak ambil dia. Tak kisah lah macam mana pun kami akan usahakan. Kadang-kadang baby yang sihat dan segar bugar pun Allah boleh nak ambil bila-bila masa. Jangan nak tunggu sakit macam Amir kita dah mula mahu mengalah dan berputus asa.."
selamat hari Raya!!
p/s- hargailah nikmat yang Allah berikan..
4 comments:
semoga adik amir terus kuat untuk teruskan perjuangan kehidupan..
Semoga dipermudahkan urusan dan ditenangkan keluarga adik amir.. pakcik weng dia keno bnyaok sabar deh.Apapun, sediakan diri sebaiknya sebelum DIA memanggil, dengan mengingati 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara ini.. smga dirahmati sokmo, pak cik weng..
p/s: sempat jugok tengok adik amir masa raya disamping sepupu2nyo hok cute2 belako :)
inurses:insyaallah..dia mmg trs kuat nnt:)
ust asyraf: btl3...huhu
Post a Comment