Wednesday, September 09, 2009

Maksimumkan!!!




" Maksimumkan? Mahu maksimumkan apa ye setelah saat begini? Duduk berfikir, termenung, dan mengambil masa yang ada ini.." seorang hamba bermonolog sendirian...


Maksiat Kepada Allah


Ramadhan tinggal berbaki sedikit lagi. 10 hari yang akhir ibarat seorang pelari balapan yang walaupun mungkin bermula perlahan (kalau yang 800 meter la,hehe), tetapi pada saat akhir begini dia lah yang dapat memecut dengan konsistensi dan mencapai kemenangan. Kemenangan yang kita mahukan ialah medal TAQWA seperti yang Allah s.w.t gambarkan dalam KitabNya.


"Wahai orang-orang yang berIMAN, DiWAJIBkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang yang berTAQWA"



Akan tetapi, walaupun Ramadhan berbaki begini kita juga mungkin berkadar terus dengan amalan-amalan yang boleh menyebabkan Allah tidak suka kepada kita. Amalan-amalan lama kita yang kita tahu sememangnya tidak patut dilakukan lagi akan tetapi mula bercambah semula setelah Ramadhan hampir tiba ke akhirnya.


Maksiat kepada Allah adalah satu perkara yang tidak boleh kita elakkan sebagai seorang bernama manusia. Tapi Allah berikan kita cara bagaimana boleh hapuskan dosa-dosa ini. Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah setiap maksiat kepada Allah yang kita lakukan pasti dibekalkan dosa. Itu sifir mudah. Tidak kira lah sehebat mana pangkat kita, setinggi mana kedudukan kita dalam masyarakat, itulah formulanya.


Namun, dengan berpuasa pun sebenarnya sudah boleh mencegah kita dari melakukan dosa padaNya. Berkata Rasulullah s.a.w;


" Puasa itu perisai daripada api seperti perisai seorang kamu dari pembunuhan (perang) dan sedekah itu pula memadamkan kesalahan atau dosa samalah seperti air memadamkan api yang sedang bernyala membakar"









Kesempatan Ramadhan



Ramadhan sudah hampir ke akhirnya untuk ke sekian kali. Adakah kita masih sempat atau tidak bersama Ramadhan tahun depan, hanya DIA yang tahu. Dalam Ramadhan yang masih ada, sama-sama kita bersihkan dosa-dosa yang kita selalu lakukan kepadaNya (kalau masih ada) dan dosa-dosa kita yang sudah lama kita lakukan.


Sesungguhnya, Ramadhan ini kita boleh meMAKSIMUMKAN amalan Taubat. Dan yang pasti, ISTIQAMAHkan ia adalah sepatutnya menjadi agenda kita.

p/s- ayuh sama-sama usahakan ye, insyaallah!!!

No comments: