Monday, July 06, 2009

Penyakit Ini Datang Lagi...

Aduh. Kasihan saya. Nampaknya, penyakit ini datang lagi kepada saya. Sudah pelbagai cara saya buat. Sudah pelbagai kaedah saya cuba kurangkannya. Namun apabila di saat memerlukan begini, ia datang. Bagaikan payah mahu dielak, ia tetap datang juga.


Kisah dulu-dulu..


Masa saya belajar di sekolah menengah dulu pun sama. Tak kira siang, malam pasti ia akan datang. Pernah saya dimarahi kerana penyakit ini datang. Ada kawan saya pun sama. Kadang-kadang, kami semua ada juga pernah didenda sama-sama.


Yang paling tak tahan, kalau di sekolah waktu kelas seorang ustaz ini. Namanya ustaz tuuuuuttt(tiba-tiba censor,hehe..) pasti saya akan datang penyakit ini. Yang tak tahan, baru aje 10 minit kelas itu berlangsung. Kadang-kadang sampai satu tahap, saya memang setiap minggu akan diejek oleh ustaz ini. Sebab dia dah tahu kalau waktu dia mengajar, penyakit ini pasti akan datang pada saya dulu. Pening-pening kepala den..huhu.


masa tingkatan 5~2002

Tapi kalau kelas subjek lain, tiada la pula macam ini. Penyakit tidak pula mahu datang. Kalau subjek kira-kira, subjek tambah tolak darab bahagi, sihat segar bugar sahaja saya. Aaa..lupa. Ada satu lagi subjek, subjek History orang puteh kata. Selalu juga datang penyakit begini.


Saya teringatkan kawan saya yang seorang ini. Dia pun sama ada penyakit ini. Bila datang penyakit ini, datanglah apa-apa pun tergolek ke, kamu menjerit ke, memang dia macam itu juga.
Masa matrik pun sama. Pernah juga datang penyakit ini. Bersama geng-geng Kelantan, pernah satu meja kuliah kami didatangi penyakit ini. Anda pernah rasa penyakit ini??



geng Kelantan~antara yang kuat kena penyakit,hehe..


Kelas pertama~6 Julai


"Are you sleepy...?," tanya seorang rakan baru saya, Sultan Aisy selepas kelas pertama.

" Not just sleepy, dreamie too, hehe...," saya menjawab dengan jawapan sambil gelak ringkas. Dia bertanya sebab dia pun tertidur juga masa kelas tadi. Kelas pertama saya, saya sudah buat onar dengan penyakit ini. Baru sahaja 20 minit, tengkuk ini sudah rasa mahu lentok. Tiba-tiba sahaja mahukan bantal.

Bantal,oooo...bantal,hehe...



Sultan Aisy



baru lepas terjaga,huhu..



Nasib baik di sebelah saya ada kawan yang sama macam saya juga. Azrul namanya. Dia punya tangan sekali karate atas tengkuk saya terjaga sampai habis kelas,hehe.Syukran jazilan Azrul. Tapi alhamdulillah, untuk kelas kedua dan seterusnya saya dapat berjaga dengan baik. Mungkin sebab kesan saya berehat dan tidur serta makan sahaja dalam dua bulan sebelum ini saya senang mengantuk dalam kelas. Harap esok tidak begini lagi. Kalau masih begini, teruk saya!!!huhu..



Tip-tips elak tidur dalam kelas?


Masa jadi tutor, selalu juga marahkan pelajar sebab tertidur dalam kelas. Maaf la ye pelajar-pelajar saya. Sebenarnya best juga tertidur dalam kelas ini,hehe. Tapi jangan selalu amalkan, ingat tuh!!huhu..

Saya sempat baca tips ini dalam Majalah 3G (Gah, Gempak dan Giler). Mungkin boleh diambil iktibar oleh saya khususnya dan siapa-siapa yang membaca blog ini amnya. Ada beberapa tips iaitu:


~bila rasa mengantuk sila buat senaman(berpeluh sakan la pasne,hehe..)

~beri izin kepada kawan sebelah untuk karate tengkuk anda(boleh patah ni,huhu)

~beritahu pada cikgu/tutor/pensyarah anda mengantuk dan minta dia bagi apa-apa tugasan segera (tak habis la kelas dok main macam ni,huhu)

~dan Gelak, Golek dan Golek atas lantai confirm tak tidur dah sebab malu (macam-macam la,hehe..)

Apa-apa pun, kalau ada yang baik ambil sahaja kan. Kalau tak, jadikan bacaan tambahan kita sahaja. Sebab ini majalah humor, mesti mahu dibuat untuk humor kita juga kan.


Akhlaknya

Mudah dan senang. Usahakan untuk jangan tidur dalam kelas semasa cikgu/tutor/pensyarah anda sedang mengajar. Kerana saya sentiasa ingat pesanan senior saya tentang hal ini (walaupun tidur juga,huhu.). Kita jangan sama sekali ponteng untuk ke kelas. Kalau ke kelas, jangan pula kita tidur semasa pensyarah mengajar. Sebab ilmu ini ia akan kembali kepada asasnya iaitu keberkatan untuk mendapatkannya. Walaupun kita cerdik pandai dan mungkin boleh melebihi ilmu orang yang mengajar kita, namun konsep keberkatan itu lah yang akan menjadikan kita seorang yang lagi BERILMU.

p/s-penyakit ini, sila jangan datang lagi!!!!!....

2 comments:

Farid Rashidi said...

Saya juga sering mengalami penyakit itu.. tapi, selepas pekena secawan. Hilanglah ia :)

saffmukmin said...

Ust Farid:saya rasanya pekena secawan lagi mengantuk ade,hehe..insyaallah,boleh pekena lebih lg Radix Beng ni,hehe..