saya, fadhil, Muizz, shy dan amre..(maaf beli bunga kecil je,huhu)
Ini mungkin sedikit melucukan. Dulu, saya pun pernah marah kalau orang-orang politik mahu guna FaceBook sebab saya yakin bukan mereka yang akan update. Mungkin depa akan bayarkan kepada orang lain untuk kerja itu. Tapi bagi saya ok juga la sebab mereka teramat sibuk dengan lapangan politik Malaysia yang mahu diperbetulkan ini. Tapi, kalau orang akademik yang tinggi-tinggi pun mahu main FaceBook, apa pandangan kamu semua?? Sesuai ke?
Bagi saya, apa-apa laman sosial sebenarnya kalau diikutkan dengan senang sahaja boleh terpesong dari niat asal. Garisan pemisahnya amat nipis. Bila-bila masa sahaja ia boleh menjadi duri dalam daging kepada mereka yang niat asalnya mahu mencari sahabat-sahabat lama tetapi bertukar pula mencari jodoh-jodoh yang baru.(????)
Kalau betul Naib Canselor disarankan menggunakan FaceBook oleh Kementerian Pengajian Tinggi, nampaknya setelah popular Twitter dan pelbagai jenis laman sosial di Malaysia nanti , akan ada pula tajuk berita begini;
" Naib Canselor(NC) disarankan menggunakan Twitter(atau laman sosial itu ini)"
..dan ia terus tidak berkesudahan. Saya tahu pengguna FaceBook sudah mencapai 50 juta orang tempoh hari. Saya juga tahu banyak kebaikannya FaceBook ini kalau kena caranya. Dan saya juga pengguna FaceBook (amat tegar juga la,huhu..), tetapi...tetapi banyak lagi akademik universiti boleh buat kerja..
p/s-Bukan memandang terlalu besar isu ini, tapi tak juga pandang ia terlalu kecil...
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.
Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.
Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.
"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.
-KOSMO,20 julai 2009.
2 comments:
1st time komen ni mukmin
semalam baru fadli jusoh sahabat kita yg kelakar orgnya tu sms aku ajak join facebook..dulu aku ajak dia join frenster..tp dia kurang minat masa tu..rasanya sama je dua2..tp facebook mungkin lebih ramai la..sebab paly pn join kan..haha
setakat ni aku belum terlintas lg nak join..
ada yg kata frienster n facebook ni yahudi..betul ke..
voltox:salam.alhamdulillah,smg dpt terus kunjungi saffmukmin ini dan sll bg komen yaa!!!!hehe...
ye ke..abg.fadly pon dl mcm ktorg jgk.malu2 nk gn FB,tp lama2 mcm ktorg sume bersmngt plk,hehe
mcm sy kt dlm post ini jg, apa2 laman sosial garisan pemisahnya nipis utk boleh berubah bl2 shj dr niat asal yg baik itu.kalau pandai gn utk jalanNya,alhmdlh dapat la kt pahalanya..
ttg yahudi utk frenster(FS)atau FaceBook(FB), saya senang melapangkan minda dalam hal ini.bkn utk memudahkan tp utk menyenangkan beberapa usaha dakwah yang baik.kalau dgn kt ada FB atau FS,niat baik kt itu tercapai,alhamdulillah.tp kalau shgga lari dr niat asal,mgkn itu yg shrsnya kt cpt2 muhasabah.
yahudi kalau nk kira mn2 pon ada hasilnya.Telefon bimbit yg kt gn skg pon hsl mereka.dan mcm2 lagi..dan saya prnh dgr hadis menyebut ambil mn2 yg baik itu kerana ia smmgnya dtg dr Islam.cm jgnlah kt ambil sst itu yg mmg bnr2 mnmpkkn ia adat dan budaya yahudi.saya merasakan dgn ada FB atau FS bkn budaya dan adat mereka.sume org ada FB ini..
ksmpln,apa2pn atas diri msg2.kalau ckp kuat tuk guna FB,teruskan.kalau tdk,ckp skdr kt berhbg dgn shbt2 melalui medium yg kt rs bnr2 yakin..dan sy jg merasakan benar apa yg disebut senior sy ttg FB ini.ktnya, zaman skrg sudah dakwah cyber.sapa2 yg xde FB dan blog,die mmg ktgglan!!!
wassalam..
p/s-sama2 fikirkan..
Post a Comment