Bulan Jun tahun 2010 ini, berbeza dengan Jun tahun lepas. Kalau tak silap, tahun lepas tak ramai di kalangan kawan-kawan rapat yang ber-walimah. Tahun ini, alhamdulillah mereka sudah menyelesaikan separuh dari imannya. Cuma tunggu untuk melengkapkan separuhnya lagi. Kalau kena cara apa yang agama ajar, berjayalah kita. Sama-sama mendoakan ye!!
Pelbagai saranan dari Nabi kita, Muhammad s.a.w. untuk menyegerakan pernikahan sekiranya benar-benar anda mahukan. Diangkat darjat-darjat pahala seperti solatnya orang bujang dan solat orang kahwin itu sendiri sudah berbeza darjatnya. Apatah lagi ibadat-ibadat khusus yang lain.
Tapi tak mengapa kepada yang belum berkahwin walaupun sunnah ini satu tuntutan. Ada yang sudah bersedia untuk ke arah itu cuma belum masanya lagi kan. Apa-apa pun, saya doakan semua sahabat-sahabat saya yang melangsungkan walimah tahun ini sentiasa dalam keberkatanNya.
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair.
2 comments:
salam
bila turn abe duwe plop nyo? jgn memilih sgt...
adus.memilih?hehe..xdop memilih eh.insyaallah,kahwin ni mmg sgt dituntut.tp persediaan sntsa kn ada kan.insyaallah,adik naim doa2 la ko abe biar blh cpt2,hee
Post a Comment