Saya begitu obses sekiranya melibatkan DNA dan juga tentang genetik. Secara ikhlas, saya tidaklah begitu hebat sangat tetapi kalau melibatkan hal ini, saya begitu tertarik untuk membaca dan mengetahuinya. Mungkin kesan ini saya dapat ketika melayani cerita-cerita seperti CSI dan seangkatan dengannya. Malah, ia lebih memberikan minat kepada saya setelah saya secara berturut-turut membuat Latihan Industri di Pusat Genome Manusia di Universiti Sains Malaysia. Dari awal hingga ke projek tahun akhir, semua di situ. Tapi, nasib tidak menyebelahi saya ketika itu. Tidak seperti dijangkakan bagi keputusan subjek itu. Sedih itu pasti. Tapi kesan daripada projek DNA pada orang Asli itu begitu berkesan hampir setahun.
Hari Ini
Kalau dilihatkan, ramai pelajar postgraduate sekarang membuat kajian dalam mana-mana lapangan sekalipun melibatkan diagnosis dan juga bahagian klinikal, pasti tidak akan lupa untuk mengkaji dari sudut DNA, molekular ataupun genetiknya. Tidak sah kalau tidak ada kajian dari sudut ini. Malahan, saya berani mengatakan mereka yang menceburi bidang ini tak rugi walaupun mereka sekarang lah antara orang yang sedang susah payah mahu menghabiskan pengajian Master dan juga dalam PhD masing-masing.
DNA
Memang DNA adalah bukan segala-galanya lagi. Masih ada banyak lagi kajian boleh dilihat. Namun, di Malaysia sendiri pun sudah banyak aktiviti yang menggunakan DNA sebagai bahan bukti seperti kes inkues Teoh Beng Hock, dan juga seperti kes pengecaman pembunuhan Nordin Mat Top semalam. Dengan kata lain ia sudah berkembang.
Saya lagi tertarik apabila satu isu yang dipaparkan dalam Facebook kakak ipar saya yang sulung, Kak Rinie tentang gambar bayi yang lahir dan dibuang sehinggakan hampir 70 peratus dimakan oleh biawak. Satu keluhan keras olehnya yang pasti sebagai seorang ibu juga amat bersedih dalam hal ini. Kak Rinie dengan marah memberitahu ambil DNA bayi ini dan buat pengecaman dan hadap ke mahkamah!!!~begitu marah sekali dibuatnya..
CODIS
Ini adalah satu sistem yang belum ada secara jelas di Malaysia kita. Combine DNA Index System (CODIS) adalah salah satu perisian yang digunakan oleh FBI secara menyeluruh untuk mengesan jenayah. Ala-ala CSI juga la. Tapi negara kita masih lagi tidak berjaya dalam hal ini. Lagipun, rang undang-undang Malaysia tentang penggunaan DNA sebagai pengecaman jenayah baru sahaja di peringat bacaan kedua di Parlimen. Nanti apabila sudah memasuki bacaan ketiga mungkin rang undang-undang baru tentang penggunaan DNA secara pesifik akan menjadi realiti di Malaysia nanti. Cuma jangan pula ia disalah guna untuk memerangkap orang yang tidak bersalah pula!!!!
Macam-macam kajian dibuat sekarang. Yang terbaru di Barat sana mereka menawarkan khidmat DNA untuk mencari salasilah keturunan mereka. Hanya dengan US dolar 79.00, mereka boleh mencari dan menemui pedegree mereka. Malah, Emma Watson pelakon Harry Potter dikatakan ada salah silah keturunan ahli sihir dalam abad ke-14!!!~macam-macam,hehe..
Genetik
Tentang genetik juga, saya sampai sekarang terfikir kenapa Saidina Umar r.a sanggup untuk mencari seorang wanita a.k.a muslimah yang seorang berasal dari kampung biasa namun mempunyai keperibadian yang tinggi apabila menegur dengan tegas tapi hikmah pada maknya untuk tidak menipu dalam perniagaan. Bukan kerana takutkan Umar r.a tapi takutkan Allah s.w.t. Begitu sekali teguran anaknya itu kepada maknya.
Lantas, Umar r.a. mencadang anaknya untuk meminang dan berkahwin dengan wanita itu. Alhamdulillah, seperti yang kita ketahui, hasil dari keturunan itu jugalah yang melahirkan khalifah yang terhebat juga didalam zaman kegemilangan Islam iaitu Umar Al-Aziz.
Memang benar Iman tidak dapat diwarisi secara luaran dan fizikal tapi GENETIK KEIMANAN itu saya yakin boleh diambil kira dan juga perlu diberi kan perhatian. Kalau tidak kenapa Rasulullah memberikan kepercayaan kepada satu Generasi (saya lupa..) sehingga sekarang untuk menjaga kunci pintu Ka'abah..
Bagi saya ianya semua kerana generasi. Ini adalah generasi yang mempunyai keturunan yang baik. Kalau tidak semua pun, insyaallah pasti ada satu atau dua di kalangan itu. Jadi berusahalah sedikit untuk mencari dan memilih pasangan yang mempunyai genetik yang baik (baca=AGAMA) ye pada pasangan yang mahu kahwin itu!!!hehe..
Akhlaknya??
Tidak ada secara jelas sangat pun,hehe. Saya menulis post ini semalam setelah saya diberi tugas secara tidak menyeluruh untuk menguruskan tentang DNA dan Genetik dalam tumbuhan dan sedikit pasal haiwan. Memang lari jauh juga dalam lapangan pengajian saya, namun macam saya katakan sebelum ini sekiranya melibatkan DNA saya akan begitu obses dan mula untuk mencari satu-satu tentangnya. Dan yang pasti saya akan bermula daripada zero untuk tumbuhan!!hehe...
Dan yang pasti, jangan lupa untuk meletakkan perihal genetik kalau-kalau ada perihal zaman keruntuhan akhlak yang berlaku 10 tahun akan datang adalah kerana genetik kita yang mempunyai akhlak yang tidak baik~fikir-fikirkan!!
p/s- Genetik~fuuhh....
2 comments:
Salam,
Info yang bagus.. semoga kita bertemu gen yang baik.
ust: ye ke..trpaksa kena menulis lg ni bila ust dah puji,hehe..
insyaallah, Gen yang baik amat perlu!!!(baca=AGAMA)
Post a Comment