Thursday, May 14, 2009

Pohon dan Pinta lah

"Aku rasa macam susah je aku ni nak dapat rezeki. Cuba sana tak dapat. Cuba sini tak dapat. Alih-alih, aku je yang banyak habiskan duit dan tenaga. Orang lain, sekali cuba macam terus dapat. Orang lain, tak cuba pun tapi akhirnya dapat pula.

"Payah sangat ke nak bagi senang sikit dapat kerja ni???? Ya Allah, kau dengarkah rintihan hati ku ini," rintih seorang pemuda.

Cemburu itu tetap ada. Dengki itu pasti ada pada orang-orang sebegini. Aku bukan wali mahupun orang yang selalu kuat amalan pada Tuhan. Aku manusia biasa. Makan minum pun aku buat. Tapi bila bab-bab macam ini, aku rasa macam aku ni tiada tempat pada pandangan Tuhan. Aku juga solat. Aku juga berzikir. Aku juga buat macam orang-orang Islam lain buat.

Bab-bab macam ini, aku rasa aku lah manusia yang paling teruk. Sudah berapa kali aku cuba, last-last aku tak dapat juga. Aku juga dah belajar banyak tips-tips untuk interview. Tapi akhirnya aku tewas juga. Orang lain tiada lah sampai macam aku. Senang-senang je dapat kerja.

..........................................

Muhammad terus bergerak menuju ke Taif. Dakwah ini harus disebarkan. Setelah penduduk Mekah menolak dakwah Muhammad s.a.w., Muhammad terus bergerak. Tiada apa yang mahu disesalkan lagi. Islam harus disebarkan. Sikap tidak putus asa Muhammad, sebagai ummat harus diteladani. Kesungguhan untuk menyebarkan deenul Islam, perit jerih yang ditagih, harus ditonton oleh semua umat Muhammad.

Setelah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan juga Abu Talib bapa saudara baginda, sebaran ke Taif terus digagahkan. Agar dengan harapan Kaum Thaqif dapat menerima Islam setelah Mekah menolaknya. Tidak semua menerima Islam di Mekah. Setelah Islam diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk disebarkan secara terus terang.


Sehinggakan pada satu masa....



.......................................

" Man, kau ada kenal tak siapa-siapa yang boleh tolong untuk bantu dapat apa-apa?," tanya pemuda ini.

" Takde la pula aku tahu. Kau cuba la dulu. Buat betul-betul. Mesti dapat punya," Man memberikan penyelesaian ringkas.

" Bukan apa, nak buat betul-betul itu boleh. Cuma aku tak yakin la boleh dapat. Macam-macam orang sekarang guna cara. Dari guna orang tengah sehinggakan macam-macam lah untuk dapatkan ia," pemuda ini terus menyambung hal ini.

" Kalau macam itu, kau guna lah satu talian yang memang kau tak akan kena bayar. Lagi-lagi, 24 jam kau boleh guna talian ini," Man memberikan satu lagi penyelesaian.

" Apa tu Man? Apa nama talian tu? Ada yang aku tak tahu ke?," tanya semangat pula pemuda ini.

" Gunalah talian terus dengan Allah s.w.t. Terus tanpa halangan. Mohon lah padaNya. Minta lah segala apa yang kau nak minta. Kau pun tahu, dengan Allah s.w.t. ini anytime kau boleh minta, masalahnya kita sahaja yang tidak mahu yakin dan tidak memintanya dengan bersungguh-sungguh. Usaha kau dah buat betul-betul. Lagipun kalau kau tak dapat apa yang kau minta nanti, paling kurang kau tidak ada rasa bersalah dengan siapa-siapa. Kau yakin ke dengan guna orang tengah atau apa-apa pun cara lain atas nama makhluk, kalau kau tak dapat apa yang kau mahu kau akan redha begitu saja? Aku rasa tidak. Mesti kau akan tak habis dok marah-marah kan orang yang kau minta tolong ini. Tapi dengan Allah s.w.t lain. Insyaallah, kalau bukan sekarang rezeki kau, insyaallah kita beriman dan percaya, satu masa nanti laluannya akan dibuka dan dijelaskan jua. Kalau tidak di dunia, kita juga beriman bahawasanya di akhirat nanti ia juga boleh ditunaikan. Yang penting, kau beriman dan yakin padaNya setelah puas kau berusaha untuk mencubanya," tegas Man membasuh fikiran pemuda ini.

" Mohon lah padaNya," akhirkan perbualan Man.

Pemuda ini senyap tidak berkata. Mungkin berasa malu setelah banyak hal mahu hanya bergantung kepada makhluk semata. Lupa, kita masih lagi bertuhan Allah semesta Alam yang menciptakan segala dan Maha Pemberi Rezeki sebenarnya.

...................................................

Setibanya di Taif, lain pula yang disangkakan oleh Baginda Muhammad s.a.w. Kaum Thaqif ini terus terang mahu menolak apa yang di bawa oleh baginda Muhammad s.a.w. Mereka menolak dakwah baginda secara kasar. Mereka mengajar anak-anak mereka dengan membaling batu-batu ke arah Muhammad s.a.w. Anak-anak ini sememangnya menyakiti baginda. Sudah lah baginda baru sahaja kehilangan dua orang tersayang, ditambah dengan apa yang berlaku kali ini, begitu menyebabkan baginda Muhammad sakit dan lagi berdukacita.

Anak-anak ini membaling batu sehinggakan baginda Muhammad s.a.w. mengalir darah hingga ke kakinya. Mengalirnya darah Muhammad yang suci akibat dilontar oleh anak-anak yang tidak bersalah. Mereka cuma dihasut oleh mereka yang dewasa. Dewasa kaum Thaqif yang mahu secara terang menolak agama yang suci ini. Sehinggakan baginda berlindung di satu kebun. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi teruk. Baginda dilayan sebegitu teruk sekali oleh kaum Thaqif. Begitu tidak sepatutnya layanan yang diberi.

Sehinggakan baginda menadah memohon..

.......................................................

" Kau tak mahu balas apa yang mereka dah buat pada kau?," tanya Zaid pada seorang pemuda ini.

" Apa kau nak aku balas? Kau tak tahu ke negara kita ada undang-undang. Kau mahu aku masuk penjara kalau aku balas balik, " bentak pemuda ini.

" Bukan apa, dia dah jatuhkan maruah kau. Dia kutuk kau. Dia caci kau. Nasib baik je dia tak gunakan fizikal untuk menjatuhkan maruah kau. Aku memang tak boleh kalau orang perlakukan macam ni pada kau," serius Zaid menerangkan.

" Biarkan lah Zaid. Mungkin ini yang harus aku terima. Bukan mahu mengalah, mungkin ada jalan dan usaha lagi baik di hadapan sana nanti. Kau pun tahu, si Liza itu adalah antara pilihan keluarganya. Tambahan lagi, Liza itu adalah salah seorang wanita yang ada atas muka bumi ini. Bisa ada orang lain yang boleh gantikan.

" Caci ke, keji ke, apa-apa pun aku kena terima. Mungkin ini yang telah ditulis oleh Allah di sana. Di Luh Mahfuz. Skrip cerita aku mungkin berbeza dengan orang yang memiliki si Liza itu. Mungkin aku kena lalui banyak lagi cabaran-cabaran lain untuk mendapatkan jodoh. Ala..jangan bimbang lah Zaid. Bak kata orang Melayu kita, bunga bukan sekuntum. Nanti kalau dah jumpa bunga yang sekuntum nanti, biar lah bunga itu mekar juga di samping senang di sunting. Tak mahu lagi aku bermain-main dalam hal ini.

" Aku, kau mahupun sesiapa pun nanti semuanya telah ditulis skrip hidupnya. Kau kahwin dengan siapa, anak berapa, mati nya bila malah rezeki nya macam mana. Cuma kau juga tak boleh putus asa atas apa yang berlaku. Aku juga begitu," tegas pemuda ini.

" Baik lah kalau begitu. Memang kau seorang yang sabar bro. Kalau aku, dah lama pecah muka orang tu. Bukannya bagus sangat depa tuh," marah lagi Zaid ni.

" Sabar bro. Sabar," nasihat pemuda ini biarpun riak muka menunjukkan tidak apa-apa tetapi sebenarnya ada juga sedih pada dirinya.

" Ya Allah, berikan aku kekuatan, " pemuda ini bermonolog sendirian.

.......................................................

Baginda mengangkat tangan memohon padaNya. Doa ini antara doa yang paling menggetarkan jiwa pada mereka yang selalu susah hati, selalu berasa mahu putus asa. Biar dalam apa keadaan sekalipun. Dalam dakwah, dalam kehidupan..betapa hidup perlu terus biar apa yang terjadi.


" Ya Allah aku mengadu pada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Kamu lah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka padaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa) . Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan juga tiada kekuatan melainkan dengan-Mu"


Doa ini dipanjat baginda Muhammad. Penuh kekhusyukkan dan penuh sifat hamba dan sebagai Rasul pilihanNya. Agar apa yang berlaku di Taif ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi selagi ini bukan lah kemurkaan dari Allah s.w.t..

Maka, turunlah malaikat untuk membalas atas apa yang telah dilakukan Kaum Thaqif terhadap baginda. Diriwayatkan, Jibrail memohon untuk meminta cara macam mana untuk menghancurkan kaum ini. Mahu laga kan bukit antara penempatan Taif ini atau macam mana? Namun, baginda terus menunjukkan sifat pemaaf dan santunnya. Biarpun berdarah kaki baginda, baginda tetap optimis untuk menghalang Jibrail perlakukan sebegitu rupa. Baginda optimis bahawa satu hari nanti akan lahir tokoh-tokoh Islam dari kaum Thaqif dan juga dari Taif ini. Dan sirah terbukti tentang hal ini.

Segalanya tercatat dalam sirah..

Apa lagi mahu kita fikirkan. Bahawa baginda tetap teruskan juga walau apa yang terjadi. Yang penting, jangan lupakan permohonan kepadaNya setelah terus berusaha...

p/s-TERUSKAN MEMOHON DAN MEMINTA PADANYA walau macam mana keadaan dan keputusan yang telah anda dapat!!!!!




No comments: