Thursday, April 16, 2009

Trend Baru??

Tiba lagi Khamis malam Jumaat. Itu tandanya esok adalah masuknya sayyidul ayyam bagi semua ummat Islam di muka bumi ini. Sambutannya haruslah meriah walaupun mungkin ada kekangan masa belajar, kerja atau sebagainya. Ahlan sayyidul ayyam!!!


Mungkin trend atau sekadar kebetulan



Tiada kaitan dengan Khamis malam Jumaat post kali ini. Cuma pulang kerja petang tadi sempat juga tengok sedutan episod akhir cerita Menantu vs Mentua yang ditayangkan dalam ASTRO Prima barangkali.




Cerita meletup katanya..



Adik bongsu sering mengikutnya. Satu trend yang sempat mukmin perasan bukanlah kerana pergaduhan antara mentua dan menantu kerana itu mungkin hal yang sudah lama berlaku akan tetapi ada babak yang ditunjuk mengenai watak Rosyam lakonan Aqasya berlaku curang pada isterinya lakonan Erra Fazira dengan berkasih semula dengan kekasih lama.


Aduh, sungguh dan amat dibimbangi keadaan ini. Seolah-olah merestui trend ini. Kadang-kadang ada terfikir, rasanya pengaruh media dan artis Malaysia sendiri juga memainkan peranan penting dalam membawa mentaliti keadaan sebegini seolah-olah tiada apa dan mungkin itu perkara biasa.


Seperti yang kita ketahui, perkahwinan ini adalah pentingnya untuk menjaga keturunan, menjamin ketenteraman dan keharmonian hidup manusia.



"...dijadikan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu juga supaya kamu rasa senang kepadanya dan dijadikan antara kamu perasaan CINTA dan KASIH SAYANG..."

(ar-Rum:21)





Masa abah kahwin..1978



Orang-Orang Dulu



Bercinta mungkin bukan macam sekarang. Mana ada berkenan, masuk merisik dan alhamdulillah terus kahwin. Malah, ada yang sampai sekarang boleh kekal hingga anak-anak besar dan bonusnya bahagia pula hidupnya. Adakah pasangan yang dari generasi sekarang boleh bertahan dan berakhir semacam ayah dan mak kita?? Mungkin YA pada mereka yang tahu untuk menilai erti perkahwinan dengan erti kata sebenar dalam Islam dan mungkin TIDAK kalau ramai yang beranggapan semacam watak Rosyam dalam cerita Mertua vs Menantu!!!


Mahu akhiri dengan maksud sepotong hadis dari Nabi tersayang, Muhammad s.aw..


" Tidak ada sesuatu yang lebih berfaedah kepada mukmin selepas beliau bertaqwa kepada Allah selain isteri solehah; Apabila disuruh pasti dipatuhinya dan apabila terpandang wajahnya, hati beliau menyenanginya dan apabila tiada bersamanya, beliau pasti memelihara dirinya dan harta suaminya."



Moga bagi pihak suami mahupun isteri, hayatilah pesanan Nabi ini. Dan juga pesanan kepada bakal-bakal pengantin baru nanti (Sab, Husna dan juga rahsia:).

p/s- mohon agar benar-benar terus dijauhi keadaan begini nanti.

No comments: