Minggu ini, banyak sungguh berita gembira dan sedih yang datang bersama. Pasukan bola yang mukmin minati, Kelantan Red Warriors dan Manchester United FC memenangi perlawanan yang sepatutnya kena menang dan kepulangan abang yang kedua dari Puchong bersama anak saudara mukmin menggamit suasana rumah walaupun Aisya masih lagi tak dapat cam muka pak sedara dia yang besar ni,hehe..(tu part yang sedihnya,huhu)
Amir Safwan
Lama sungguh tak ku temui Amir Safwan sejak Oktober dan Disember 2008 lepas. Didiagnosiskan dengan masalah jantung semasa kelahiran namun dengan semangat dan kekentalannya ku dipersembahkan wajah yang ceria dan sungguh melegakan hati seolah-olah Amir tiada apa-apa masalah berkaitan jantungnya.
10 Mac 2009. Yang ke- 57 tahun, masih lagi dengan kegagahan dan kesabaran yang dikurniaNya, abah masih meneruskan bakti pada keluarga dan masyarakat dengan penuh kesungguhan. Sungguh ku ingin mengikuti dan mencontohi segala yang baik dari mu. Semoga umur abah sentiasa dipanjangkan dan diberkati olehNya.
Tapi kali ini kami sambut dengan kek yang boleh tahan best juga la,hehe..
Kek bersama lilinnya yang terpadam awal..
p/s- selamat hari lahir juga atas kemenangan PAKATAN RAKYAT, genap setahun semalam!!!!
3 comments:
Comel sangat tengok Amir tu. Seperti hendak dicubit-cubit pipinya (^_^) Alhamdulillah Amir sihat sokmo berbeza ketika Amir baru dilahirkan. Gambar sekarang lebih ceria & bersemangat..Alhamdulillah!!
alhamdulillah...memang redhuan terharu tgk Amir mmg btl2 semangat.ceria dan semangat!!!!hehe
amir tu comei.
Post a Comment