" Ibu bukan tak mahu orang luar lagi, cuma ibu dah banyak terbuka dan menerima menantu dari luar dah. Tengok abang kamu, ketiga-tiga orang luar menantunya. Kalau ibu nak tengok cucu-cucu ibu mesti kena pergi rumah diorang dulu, penat..kamu nak ke ibu selalu dok pergi mari sana sini dalam kaki pun sakit-sakit ni?? " luah ibu pada Ahmad tentang niatnya untuk mengambil orang dari negeri luar untuk dijadikan isterinya.
Kadang-kadang inilah jodoh. Kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Ahmad merasakan dan berfikir adakah dia yang bersalah dalam hal ini.
"Ibu, kalau begini Ahmad cuma meminta jasa baik ibu untuk menerima dan membuka hati untuk sekali lagi. Mungkin menantu ibu untuk seterusnya ini dapat memberikan sesuatu yang ibu dan Ahmad inginkan..mungkin cucu ibu kali ini dapat duduk dekat dengan ibu..." Ahmad cuba memujuk ibu dengan memberikan alternatif.
" Ahmad, ibu mana yang tidak dan tak mahu tengok anaknya bahagia. Ibu mana yang tak mahu anaknya gembira dalam kehidupan berumahtangga. Tapi berapa ramai anak yang ingin dan mahu untuk memikirkan hati dan perasaan seorang ibu dalam hal ini. Alih-alih hanya bawa berjumpa bakal menantu bila rasa dah nak kahwin..bila rasa anak sahaja yang bersedia, namun hati ibu...takpe, insyaallah ibu akan menerima semua menantu ibu dengan baik..Ahmad jangan rungsing.." rintihan ibu meruntun jiwa Ahmad yang selalu ingin dan berbakti pada ibu dan bapa hendaknya....

Cerita 2
Alhamdulillah, kali ini Pak Ya mendapat rezeki lebih sikit dari jualan tanahnya yang masih lagi berbaki sedikit sepeninggalan atuk-atuk dulu. Fikirnya, kali ini mahu digunakan duit ini sepenuhnya untuk menunaikan haji ke Mekah, insyaallah..
Namun tiba-tiba datang di fikiran Pak ya..
" Aku ni takde pulak fikirkan anak-anak aku. Macam mana diorang sekarang. Takpe, setiap orang anak aku yang dah berkeluarga aku ingin kongsi sedikit dengan mereka. Mesti mereka memerlukan duit sekarang dalam kehidupan yang semakin mencabar ni..

"Takpe-takpe, nanti aku bagitahu semua anak-anak aku..." tamat fikirannya tentang hal ini.
"Tapi cukup ke duit nanti untuk ke Mekah kalau aku kongsi sekali ni..baik. Insyaallah nanti aku top up semula dengan duit pencen aku." Pak Ya menambah pula kata-kata setelah tamat dari fikirannya sebentar tadi.
Maka, anak-anak Pak Ya menerima sedikit hadiah dari ayahnya..kita??

Cerita 3
Ingat pesanan ummi dan abi, habiskan dulu pengajian baru boleh adik fikirkan tentang masa depan adik ye.
"Aduh, dah la aku ni ada mamat seorang ni perkenan kat aku, macam mana ni..rugi kalau tak menyambut peluang yang ada ni," keluh Aida dalam hal ni.
"Baik, ummi pesan mungkin nak suruh aku belajar betul-betul je kot. Nak suruh tumpukan perhatian pada study. Tapi aku dah dapat dean list dua sem berturut-turut, tak salah rasanya. Ok je la..aku layan ngan mamat ni," tekad Aida dalam diam.

Ummi menunggu sesuatu dari adik setelah lama tidak berjumpa sejak adik ke kampus. Namun kelibat dari jauh ummi lihat adik bawa seorang lelaki yang ummi sendiri tak kenal, ummi pun tak tahu lagi macam mana orangnya,ummi tengok adik mesra sahaja..kenapa ni adik??
"Ummi, Aida bawa ni pun orangnya baik, hormat orang tua, takkan ibu tak suka.." seru Aida pada maknya.
"Bukan tak suka, suka tapi apa kata orang kampung nanti, ummi juga yang kena jawabnya nanti. Adik tak habis lagi belajar. Kahwin pun belum lagi. Nanti Abi juga yang kena tempiasnya kalau adik buat macam ni," rintih mak pada anak kesayangannya.
"Emm..nak dengar cakap orang tak hidup la kita ummi!!!," bentak anaknya.

Melihatkan anak kesayangannya begitu, ummi mengambil tudung dan pakaikannya dengan baik, mengajak Abi pula untuk bersama berkenalan dengan kawan anaknya bagi menjaga hati dan perasaan anak kesayangannya.....
Cerita 4
Takde dah...jadi korang fikir-fikirlah apa moral dan tauladan yang boleh diambil. Betapa ibu dan bapa selalu dan sentiasa memikirkan dan berlapang dada apabila mengetahui masalah anak-anaknya. Kita, sebagai anak-anaknya..macam mana???
p/s-Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku semasa aku kecil...
2 comments:
Cerita 1
Sememangnya Ahmad di dalam dilemma antara hati ibu & perasaan sendiri. Namun begitu, bagi seorang lelaki, hati ibu tetap patut diutamakan walaupun dia telah berumah tangga.
Aisyah r.a berkata,"Aku bertanya kpd Rasulullah, siapakah yg lbh besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW,"Ibunya".
Betapa utamanya hati seorang ibu yg telah melahirkan dan membesarkan kita. Semoga dalam situasi Ahmad, dia mendapat zaujah solehah yg memahami hak & tanggungjwb Ahmad sbg suami & anak terutamanya.
Seperti dalam sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi SAW bersabda yg bermaksud: "Apabila seorg perempuan mndirikan smbhyang 5 waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjg kehormatan & TAAT KPD SUAMI, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana2 pintu yg dia sukai".(Hadis Riwayat Ahmad)
InsyaAllah sekiranya bakal zaujah Ahmad memahami nilai kemuliaan wanita Islam, dia akan cuba utk memenuhi hasrat & kehendak Ahmad selagi tidak bertentangan dgn tuntutan agama.
InsyaAllah..
Cerita 2
"Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih"
Tiba2 teringat hamba kpd lagu brtajuk '1234' nyanyian Aris Ariwatan. Liriknya yg menarik perhatian & terselit plbgai makna tersirat.
Begitulah ibu bapa, sesempit manapun keadaan, mrk sentiasa ingin memberikan yg terbaik kpd anak2. Asalkan anak2 mndapat apa yg mrk inginkn telah cukup menggembirakan hati mrk.
Teringat juge iklan Petronas ttg seorg kanak2 yg merajuk krn x dpt upah drp bapanya utk 1 keje yg ditugaskn. Betapa iklan tersbut mmbuka mata betapa byknya pengorbanan ibu bapa yg x terbalas & mrk tidak pernah meminta utk dibalas
Cerita 3
Cerita ini pun berkaitan dgn konflik hati. Memlih atra menginginkn sesuatu yg halal & hati ibu bapa yg masih perlu dijaga.
Sbgai seorg anak, jgnlah krn inginkn sesuatu yg halal, kt melukai hati org terpenting yg lebih byk berjasa & mengenali kita.
Bkn tidak blh untuk mendptkn sesuatu yg halal tp cara utk mndptknnya juga perlu dgn penuh kesabaran & hikmah.
Jika mrk inginkan sesuatu dr kt, sbnrnye itu yg mrk fikirkn adalh yg terbaik utk anak2. Kalau kt tergkn hasrat kt namun ditolak, maka bersabar & berdoa agar dilembutkn hati mrk. Jgn krn mrk x setuju kt bermasam muka & respect kpd ibu bapa semakin hilang.
Walau dlm apa jua keadaan sekalipun, pengorbanan ibu bapa smmgnya sgt besar & semuanya dicurahkn utk anak2 tersayang.
Percayalah jika Allah mmberi kesmpatn umur yg pnjg, kt juga akn bergelar ibu bapa. Saat itu nanti kt akn merasai betapa pahit & manisnya bergelar ibu / bapa.
Sekiranya salah satu situasi2 ini benar2 berlaku kpd diri hamba, hamba berdoa agar Allah tidak melupakan apa2 yg telah hamba coretkan hari ini. Bkn sekadar coretan smata2 tp utk dipraktikkan di hari muka. InsyaAllah. Smga kt sentiasa mnjd anak2 yg sentiasa mnjd penyejuk mata & hati ibu & bapa. Wallahua'lam..
insyaalllah..kita cuba utk membahagiakan ibu bapa kita.mukmin pun sama, minta agar kt sama2 dipandu dgn baik skrnya berlaku semacam yang diceritakan, agar hati ibu dan bapa kt sentiasa dpt dijaga dengan baik(",)
Post a Comment