Thursday, April 28, 2011

Jangan Lelah dan Berhenti Mencintai..~




Jangan lelah dan berhenti mencintai Allah
Kerana Dialah tempat tumpuan kecintaan dan juga tumpuan ibadah
Malah segalanya kita berikan padaNya taat setia dan sumpah
Mengharapkan rahmat dan juga keberkatan di sana nanti,InsyaAllah!!


Jangan lelah dan berhenti mencintai Nabi Muhammad
Kerna baginda amatlah merindui dan mengasihi kita tiada tara masa dan juga tempat
Di padang Masyar jua kita akan bertemu dengan baginda selagi kalimat Syahadah ber ik'tikad
Diberi syafaat khas untuk umatnya berbanding mana Nabi dan juga mana-mana umat!!


Jangan lelah dan berhenti mencintai Allah yang Maha Besar
Ketika sakit,senang susah mahupun dalam keadaan gembira
Itulah ciri-ciri orang mukmin yang hatinya berjiwa besar
Menggarapkan cinta Ilahi melebihi cinta kepada seorang bernama manusia


Jangan lelah dan berhenti mencinta baginda Rasul
Tahukah di padang Masyar umatnya akan dipastikan tidak akan kekal di neraka selamanya
Kerana ini lah syafaat seorang bernama Rasul
Tidak rugi merinduinya dengan sentiasa mengucapkan selawat dan salam setiap hari dan setiap masa..


Jangan lelah dan berhenti mencintai..



nukilan: saffmukmin

Sunday, April 24, 2011

Jangan Tanggalkan..~




Jangan tanggalkan..,
Aqidah dan pegangan kita semudah rasa,
Kerna itulah kekuatan kita muslim yang sentiasa dimuliakan,
Dunia; kini dan selamanya..


Jangan tanggalkan..,
Prinsip dan pegangan Islam yang sentiasa kita sanjung,
Bisa porak peranda habis punah kehidupan,
Dek kerana merai dunia dari akhirat yang patut kita junjung..


Jangan tanggalkan..,
Panduan Quran dan hadis seluruhnya,
Quran mendidik dalam kita sedar, berkumpulan dan bersendirian,
Dan hadis membantu memberi selesaikan masalah semuanya..


Jangan tanggalkan..,
Niat mahu bertemu cinta Ilahi di ambang Syurga yang nan indah,
Hasil nikmat pemberian Iman dan Islam yang Allah kurniakan,
Ayuh,apa lagi yang kita fikirkan muslimin dan muslimah??~


Jangan tanggalkan..,
Satu persatu pakaian Islam yang kita sedang pakaikan,
Semoga kelak Nabi dapat mengenal umatnya tanpa susah dan payahan,
InsyaAllah, jangan tanggalkan...~



Jangan tanggalkan...



ditulis:saffmukmin

Thursday, April 21, 2011

Jom Kahwin Kerana Allah!!~

Alhamdulillah, Allah memberikan saya peluang untuk belajar dan hidup dengan kadar yang saya mampu. Kadang,bila saya fikir dan ingat semula kenapa dulu saya tidak dapat apa yang orang lain dapat, ia memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih baik.Semestinya,apa yang orang lain dapat kita belum dapat, bagaimana dengan orang yang memang langsung tiada pilihan untuk memilikinya




InsyaAllah, dalam beberapa bulan lagi ramai kawan, sahabat dan diri sendiri akan meniti fasa kehidupan berkeluarga yang pastinya menuntut banyak usaha dan pengorbanan.Bukan lagi untuk hidup bersendiri namun lebih daripada itu.Kalau dulu keluar kerja fikir untuk diri sendiri,sekarang apabila keluar kerja kena fikir untuk isteri,anak dan semuanya lagi.Namun, bukanlah ia menjadi alasan untuk mereka yang berkeluarga tidak mengurus keluarga dengan baik kerana memikirkan kesemua tanggungjawab ini.Yang pasti,ada kebaikan dan hikmah di sebalik kehidupan berkeluarga yang Allah dan Rasul janjikan.Bagaimana? Yang itu kena banyak-banyak kita belajar caranya..

Sempat membaca buku karangan orang berpengalaman mengenai tips membina dan sama membantu dalam mencipta keluarga bahagia di dunia dan sana nanti. Ada tipsnya yang diberi.Ini adalah usaha dari kita sebagai manusia.Dan jangan lupa untuk memohon doa dariNya juga deh.

Saya kongsikan bersama ye..Antaranya:


-kesejahteraan keimanan
-komitmen di atas peranan masing-masing
-sesama memberikan penghargaan dan penghormatan
-berkomunikasi secara efektif
-memberikan toleransi
-kepercayaan sesama pasangan kerana Allah
-keupayaan menyelesaikan masalah
-serta peruntukan masa yang kualiti dengan mengoptimumkan kuantiti yang ada



Pasti, bulan Mei dan Jun serta bulan-bulan yang lain tahun ini akan diisi oleh sabahat saya untuk menjadi suami orang. Saya yakin kalian juga sudah bersedia. Saya doakan kalian dan saya juga untuk keberkatan sebuah perkahwinan yang diberkatiNya. Ameeen!! Sudah bersedia mahu kahwin????


Saya bersedia!!!hehehee...


Akhlaknya


Sekali lagi, saya sentiasa doakan kebaikan dan keberkatan untuk sahabat serta kawan yang akan melangsungkan majlis dalam masa terdekat nanti.


p/s-jom kahwin kerana Allah!!!~

Sunday, April 17, 2011

Tahniah Untuk Yang Berjuang!!~

Saya selalu terfikir, kenapa Maharaja Lawak yang sedang ditayangkan di ASTRO sekarang ditayangkan serentak dengan rancangan hebatnya, Akademi Fantasia musim ke 9? Dan yang pasti, Imam Muda pun sebegitu. Kalau diikutkan, sepatutnya ASTRO mempunyai bilangan penonton yang ramai untuk Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak, namun dengan situasi yang berlaku saya menyimpulkan satu perkara; ASTRO mengubah cara dan strategi pemasarannya.


Saya selalu memerhati strategi pemasaran atau dengan bahasa mudah bagaimana sesuatu syarikat atau organisasi berubah untuk menarik minat pelanggan atau pengguna untuk terus menggunakan khidmatnya. ASTRO benar rasa tertekan dengan cabarannya satu masa nanti seperti wujudnya UNIFi dan juga yang lain. Rancangan realiti menyanyi pun di TV3 sudah ada yang lebih baik. Dan nampaknya, Maharaja Lawak menjadi senjata terakhir. Diletakkan pula Maharaja Lawak di siaran berbayar tambahan di Astro Mestika, 131. Semuanya kerana mahu menarik pelanggan untuk terus melanggan khidmatnya..


Kekalahan di Sarawak


Amat menyedihkan diri sendiri kerana tidak dapat membantu mana yang perlu dalam sudut yang lebih dekat. Kekalahan Islam di Sarawak dengan data dan fakta yang dibentangkan menunjukkan sama ada Islam lebih diterima atau tidak menjadi isunya. Saya memikirkan, apa lagi yang kita boleh buat untuk menarik minat masyarakat dan pengguna untuk terus dekat dengan Islam?


Allah berpesan dalam kitabNya yang membawa maksud, " Mahukah kamu aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenarnya.."



Ini juga satu perniagaan yang besar dari Allah dan ia diberikan tawaran khusus kepada mereka yang mahu. Mahu untuk selamat di dunia malah untuk selamat di akhirat. Jika ia perniagaan dalam bentuk yang di highlightkan (berjuang membela dan menegakkan agama Allah), pasti kita akan ada strategi untuk mendekatkan masyarakat yang belum Islam tertarik dengan Islam. Jika strategi yang boleh diambil dan dilihat dengan nada kesungguhan ASTRO, nada usaha dan kekreatifan mana-mana organisasi yang anda lihat dan perasan; mahu untuk terus survive dalam perniagaannya, kita juga sebagai pendakwah harus mengambil sisi yang baik itu. Memikirkan strategi yang berkesan dan sesuai serta sampai terus kepada masyarakat serta pengguna Islam nanti selagi tidak melanggari syariat Allah. Persoalannya, adakah tiada lagi strategi berkesan di Sarawak? Atau di Sabah sekalipun untuk kita membawa mesej Islam yang menarik dan benar-benar menyelamatkan ini?


Muhasabah dan muhaSARAWAK untuk saya!!


Akhlaknya..


Namun, saya terus mendoakan dan tetap yakin Islam akan dijulang di mana-mana. Namun ia juga harus disusuli dengan strategi dan perancangan tersusun atas usaha seorang manusia.Tahniah buat mereka yang terus berjuang semalam,hari ini dan selamanya.Semestinya ia lebih baik untuk kita berjuang kerana mengakkan nama Islam..~


p/s-apa tindakan dan strategi kita untuk menangkan Islam lagi?Jom ke Sabah dan Sarawak my dear!!!!