Friday, March 26, 2010

Individu Muslim~




Assalammualaikum untuk semua saya ucapkan. Hampir berminggu tidak menulis, namun alang-alang sudah ada blog, rugi pula kalau tidak mengasah minda dengan menulis. Biarpun sedikit, agar ada manfaatnya. Kebetulan, semalam sempat saya pulang ke Kota Bharu atas beberapa urusan. Balik untuk usrah, tukar kereta SAGA, dan macam-macam lagi la.


Usrah

Sempat bersama kawan-kawan untuk usrah atau dengan kata lain perkongsian ilmu. Kesempatan yang ada, dibincangkan tajuk yang amat berkait rapat dengan kehidupan seorang muslim. Alhamdulillah, saya diberikan bersama ahli kumpulan yang proaktif untuk membincangkan tajuk ini. Ditambah dengan saudara penyampai yang memang betul-betul berpengalaman, semuanya menjadi mudah.


Tajuk yang dibawa dalam usrah kali ini adalah luas tapi saya mahu mengecilkan sedikit skop tentang KE ARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM. Dari segi tajuk, pasti saya rasa anda sudah tahu sedikit sebanyak kandungannya.


Saya tak mahu sebut satu-satu apa pengisian semalam, akan tetapi ada dua perkara besar yang mahu saya berkongsi di sini.



a) Apabila bercakap tentang KE ARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM, kita tidak boleh lari daripada mendalami dan mempunyai ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah luas, tapi sering dikecilkan oleh penggerak amal Islami. Bukan sekadar ilmu AGAMA yang dituntut semata, tapi ilmu hal ehwal semasa dan sekeliling kita juga menjadi keutamaan. Mana mungkin seorang individu muslim mahu mengajak kepada dakwah tapi tidak tahu apa isu semasa di sekitarnya. Kalau sekadar semborono, boleh dimarah orang nanti pendakwah itu,huhuhu..



Alkisahnya seperti yang sedang berlaku di Kelantan sekarang, Jom Heboh dengan pertama kalinya sudah berjaya menembusi Kelantan. Haa..mesti pelik kan? Tapi tiada yang pelik kalau Islam yang mengawalnya. Malahan, Media Prima bersetuju mengikut segala enakmen hiburan Kelantan 1998 untuk melaksanakan Jom Heboh kali ini. Dan yang pasti, Jom Heboh cuba untuk dibawa mengikut landasan yang betul di Kelantan. agar ia menjadi ikutan di negeri-negeri lain, insyaAllah~


Tapi menjadi persoalan macam mana kalau kita selaku pendakwah dengan senang mahu melenting tentang perkara ini tanpa terlebih dahulu mengetahui betapa kerajaan Negeri Kelantan mengawal Jom Heboh dengan enakmen hiburan yang ada? Dan dengan senang kita pula memarahi orang yang membawa masuk Jom Heboh ke Kelantan yang terkenal dengan serambi Mekah?


Hey!!!~ Untuk makluman, sudah banyak kali Kerajaan Kelantan menunggu peluang mereka yang mahu melakukan pelbagai hiburan di Kelantan asalkan sudi mengikut enakmen-enakmen yang sudah ditetapkan. Bukan setakat Jom Heboh semata.


banyak sembang, tak jadi juga kan..

Semua orang tahu, tidak salah untuk berhibur asalkan menepati syariatNya. Dan hiburan itu juga fitrah kepada mereka yang bernama manusia. Cuma perlu ada seliaannya. Akan tetapi kepada mereka yang tidak berminat, dipersilakan untuk tidak turut sama mendengar dan menghadiri Jom Heboh ini. Tiada masalah.


Nabi s.a.w ketika satu masa pernah dijemput sahabat-sahabat untuk turut sama ke satu majlis yang ada sedikit hiburan. Nabi berhasrat untuk turut serta. Akan tetapi Allah s.w.t tidurkan Nabi di sepohon pokok sehingga subuh sebelum sampai di tempat itu. Haa...Sesiapa yang tidak berminat dengan hiburan yang sudah kita kawal dan selia dengan Agama ini, anda boleh ambil ibrah ini dengan tidak menghadirinya. Tapi jangan pula anda pula yang di belakang-belakang ini menidakkan usaha mereka yang sanggup dan berusaha mahu menunjukkan betapa dalam Islam itu tidak salah berhibur, tidak salah mahu bergembira asalkan tidak lari dari syariat yang ditetapkan.


Panjang pula penerangannya, cuma apa-apa pun kembali kepada ILMU. Kalau tidak ada ilmu semasa, banyak yang tidak boleh bergerak dalam dakwah ini. Jadi, mahu jadi INDIVIDU MUSLIM, perlu ambil peluang untuk mendalami semua ilmu ye!!!~


b) keduanya secara ringkas, semalam dihuraikan sekiranya PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM itu sudah berjaya, insyaallah KEBANGKITAN ISLAM pasti sudah sampai masanya. Diulaskan lagi oleh senior saya dalam hal ini, di bawa kisah Bilal Bin Rabah yang hanya sempat diajarkan Nabi s.a.w kalimah " Allahu Ahad", namun dengan segala seksaan yang dikenakan selepas itu, melangkaui dan melebih segala apa yang diajarkan. Dan kalimah " Allahu Ahad" terus menjadi sandaran Bilal Bin Rabah sehingga dibeli oleh sahabat Nabi dan bebas sebagai hamba.


Ketika ini, individu Muslim yang dicipta Nabi s.a.w kepada generasi-generasi seperti Bilal , Ali r.a, Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain memangkinkan kepada kebangkitan ISLAM yang tidak boleh digambarkan. Sehingga menakluki 2/3 dunia , semuanya hampir dikuasai ISLAM. Namun, dengan era sekarang, adakah KEBANGKITAN ISLAM sudah sampai masanya? Mahu tunggu saja INDIVIDU MUSLIM kita sempurna, tapi sampai bila ye? Sama-sama kita usaha ke arah itu ye!!~


Akhlaknya

Akhirnya, usrah disudahi dengan bermain futsal. Harap tak hilang semua apa yang saya dapat semalam,hehehe..Peringatan untuk diri ini dan semua agar jangan terus lupa untuk BERSAMA menuju KEARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM, insyaallah!!!~

No comments: